ORANG MUDA JOHOR DIGALAK REBUT PELUANG PEKERJAAN
![](https://mediadigitaljohor.gov.my/v1/wp-content/uploads/2025/02/476432131_624284706970650_8158319235675830542_n.jpg)
Foto MDJ Aisyah Mazalan
#Pontian – Orang Muda Johor diseru supaya merebut pelbagai peluang pekerjaan yang telah disediakan oleh kerajaan dan pada masa sama mereka juga perlu meningkatkan keupayaan, kebolehan dan kelayakkan mereka untuk menembus pasaran dunia pekerjaan.
Justeru, menerusi Jelajah Aspirasi Orang Muda Johor 2025 ini juga turut menjadi platform penting dalam menekankan aspirasi anak muda di Johor dalam penyediaan peluang pekerjaan khususnya di kawasan inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang bakal merancakkan perkembangan industri di negeri ini.
YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor memberitahu, inisiatif Kerajaan Negeri untuk menubuhkan Majlis Pembanguann Bakat Muda Johor (JTDC) dilihat mampu meningkatkan tenaga mahir dalam bidang pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET), sekali gus dapat membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada orang muda di Johor.
Pada program sama turut berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Belia Negeri Johor bersama Lead Future Holdings Sdn Bhd yang akan menyediakan platform kepada golongan muda untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta membuka peluang pekerjaan yang lebih meluas.
Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, hadir pada sesi ‘townhall’ Maju Johor 2030 khususnya berkaitan aspirasi Orang Muda Johor yang diadakan di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor, Pontian sempena Jelajah Aspirasi Orang Muda Johor 2025.
Hadir sama, YB Tuan Mohd Hairi Md Shah; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor; YB Dato’ Haji On Jabaar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia, Sukarelawan) dan Mohammad Alif A. Rahim, Presiden Majlis Belia Negeri Johor.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor