IMFC-J PACU ERA BAHARU EKONOMI JOHOR


Invest Johor (kiri), Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) (tengah) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) (kanan) komited untuk saling melengkapi memacu Johor sebagai hab ekonomi serantau. | Foto MDJ Aisyah Mazalan

 

#IskandarPuteri – Johor melangkah ke era baharu pembangunan ekonomi menerusi pewujudan Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia di Johor (IMFC-J) di Forest City sebagai instrumen penting bagi proses pelaburan di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

 

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Invest Johor dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang menerajui secara bersama IMFC-J komited untuk saling melengkapi dalam usaha memacu Johor untuk muncul sebagai hab ekonomi serantau.

 

Iltizam tersebut dizahirkan YB Dato’ Mohd Noorazam Osman, Ketua Eksekutif IRDA bagi memastikan IMFC-J menjadi platform terbaik sebagai panduan strategik pelabur berdasarkan rekod pencapaian kukuh IRDA yang berjaya menarik pelaburan komited bernilai RM383 bilion setakat akhir tahun lalu.

 

Sementara itu, YBhg. Natazha Harris, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Johor memberi jaminan pelabur bakal menikmati kelancaran proses pelaburan dan pemahaman mendalam mengenai landskap ekonomi, dasar Kerajaan Negeri serta ekosistem yang mesra melalui IMFC-J bagi menyuntik keyakinan pemain industri.

 

Manakala YBhg. Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid selaku Ketua Pegawai Eksekutif MIDA memaklumkan pihaknya akan mewujudkan persekitaran yang menyokong pertumbuhan dan inovasi serta bersedia bekerjasama erat dengan agensi Kerajaan Negeri bagi menjadikan JS-SEZ destinasi pelaburan unggul.

 

Pengoperasian IMFC-J yang turut disokong dengan inisiatif Johor Super Lane (JSL) serta insentif menarik di kawasan JS-SEZ dan Zon Kewangan Khas Forest City (FCSFZ) berupaya membantu mempercepat proses pelaburan sekali gus menarik lebih banyak pelaburan bernilai tinggi ke negeri ini.

 

#WTN
#JSSEZ
#IMFCJ
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor