KERAJAAN NEGERI IKTIRAF BAKAT KULINARI TEMPATAN


YB Tuan K. Raven Kumar, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor diiringi YBhg. Encik Sharil Nizam Abdul Rahim, Pengarah Tourism Johor menyerahkan penganugerahan cef dan restoran dalam Majestic Johor Food Awards 2025. | Foto MDJ Wira Anggara

 

#JohorBahru – Kerajaan Negeri menerusi Tourism Johor menganjurkan Majestic Johor Food Award 2025 bagi menghargai bakat tempatan dalam bidang kulinari di negeri ini terutama dalam memperkenalkan sajian Johor ke persada global.

 

Dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Juara Juru Masak Malaysia bersempena Majlis Pelancaran World Chef’s Championship 2025, penganugerahan kepada cef dan restoran itu juga merupakan pengiktirafan terhadap penggiat sektor gastronomi di Johor.

 

Selain itu, Majestic Johor Food Awards 2025 turut menjadi antara usaha mempergiat dan mempromosi Tahun Melawat Johor 2026 serta perkongsian bagi meningkatkan lagi warisan gastronomi di negeri ini.

 

Anugerah disampaikan adalah ‘Johor Top Chef’ dan ‘Best Restaurant’ selain ‘Dr. Cullinary’ daripada Persatuan Juara Juru Masak Malaysia kepada pemenang yang layak atas usaha keras serta dedikasi penggiat industri kulinari.

 

Terdahulu, YB Tuan K. Raven Kumar, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor diiringi YBhg. Encik Sharil Nizam Abdul Rahim, Pengarah Tourism Johor menyempurnakan perasmian Majestic Johor Food Awards 2025.

 

Pada majlis sama, turut disempurnakan Majlis Pelancaran World Chef Championship 2025 yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pada 29 hingga 31 Mei ini.

 

#Kulinari&Gastronomi
#SajianJohor
#MajesticJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas