SUC LAHIR TENAGA MAHIR, PENUHI KEHENDAK JS-SEZ


YB Tuan Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor hadir ke Majlis Pelancaran Southern Business School di Kolej Universiti Selatan, Skudai. | Foto MDJ Wira Anggara

#JohorBahru – Kolej Universiti Selatan melancarkan program ‘Southern Business School’ sebagai inisiatif dalam memberi pendidikan berkaitan perniagaan kepada generasi muda dan seterusnya memenuhi kehendak serta keperluan industri.
Usaha terbaharu itu dijangka akan memberi manfaat kepada pelajar untuk mendalami ilmu berkaitan perniagaan yang merangkumi pelbagai aspek penting seperti pengurusan dan penggunaan teknologi.
Inisiatif daripada Kolej Universiti Selatan ini juga akan melatih pelajar untuk membuat persediaan sebelum memasuki alam pekerjaan termasuk memenuhi keperluan pasaran kerja terutama dengan kepesatan pembangunan di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Bagi memperkasakan lagi pembangunan personel di negeri ini, Kolej Universiti Selatan dan Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI) turut memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) yang bertujuan untuk menyediakan peluang latihan serta mempertingkatkan lagi ekosistem tenaga kerja mahir yang akan dapat membantu membangun dan memajukan ekonomi Negeri Johor menjelang tahun 2030.
Sementara itu, pada majlis sama, satu MoU turut ditandatangani membabitkan beberapa syarikat swasta berkepentingan iaitu AME Elite Consortium Berhad, Cabnet Systems (M) Sdn Bhd, Daxin Global, EPG Data Center Module Sdn Bhd, Guan Chong Berhad, Oren Sport Sdn Bhd, R&F Development, Forest City Country Garden Pacific View Sdn Bhd, Top Mix Berhad, UUE Holdings Berhad dan Wentel Engineering Sdn Bhd.
Terdahulu, YB Tuan Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor hadir ke Majlis Pelancaran Southern Business School serta menyaksikan pemeteraian MoU di Kolej Universiti Selatan, Skudai.
Turut hadir ialah Prof. Ir. Ts. Dr. Chuah Joon Huang; Presiden Kolej Universiti Selatan; Ng Kuan Khai, Konsulat Jeneral Republik Singapura di Johor Bahru dan Encik Herman Raban, Pengurus Besar Unit Strategik Modal Insan (SMI).
#JSSEZ
#SMI
#JTDC
#SouthernUniversityCollege
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor