GURU KAUNSELOR BERPERANAN BANGUNKAN BAKAT NEGERI JOHOR

YB Tuan Aznan Tamin hadir menyampaikan amanat khas Pemimpin Pendidikan Negeri Johor sempena Persidangan Guru Bimbingan Kaunseling Negeri Johor Tahun 2025. | Foto Aznan Tamin
#IskandarPuteri – Seramai 1,100 guru Bimbingan dan Kaunseling dari seluruh sekolah di Johor hadir dalam sesi libat urus bersama Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) bagi memperkukuh peranan mereka dalam menyumbang kepada pembangunan modal insan di negeri ini.
Sebagai antara ‘nadi kerjaya’ di sekolah, guru kaunselor juga berperanan besar dalam memberi bimbingan serta membantu pelajar merancang masa depan secara lebih tersusun dan terarah selain menyampaikan dasar pendidikan negeri, jelas YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor.
Penubuhan JTDC ini juga bukan sahaja memberi fokus kepada mahasiswa, tetapi turut diperluaskan kepada pelajar lepasan sekolah dan kolej vokasional di dalam ekosistem pembangunan bakat yang lebih holistik dan inklusif di negeri ini.
Selain itu, penglibatan aktif guru kaunselor di peringkat sekolah akan memastikan kesinambungan pembangunan pelajar yang lebih tersusun dan menyeluruh, sekali gus dilihat seiring dengan aspirasi negeri dalam membina Bangsa Johor yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.
Terdahulu, YB Tuan Aznan Tamin hadir menyampaikan amanat khas Pemimpin Pendidikan Negeri Johor sempena Persidangan Guru Bimbingan Kaunseling Negeri Johor Tahun 2025 yang berlangsung di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) MITEC Pasir Gudang, semalam.
#JTDC
#PendidikanBangsaJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor