JS-SEZ KESINAMBUNGAN IDEA KORIDOR EKONOMI PAK LAH

Prof Dr. Ong Kian Ming, Pro Naib Canselor Taylor’s University selaku panel pada program JS-SEZ 360°: Beyond the Hype di CEREBRUM, Menara KOMTAR, Ibrahim International Business District (IIBD). | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

#JohorBahru – Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) kini diangkat sebagai antara inisiatif strategik paling berpotensi dalam merancak dan mengukuhkan hubungan ekonomi serantau serta membawa aspirasi dalam menangani ketidakseimbangan pembangunan antara dua wilayah berasingan yang berjiran.

 

Pewujudan zon ekonomi khas berkenaan disifatkan Prof Dr. Ong Kian Ming, Pro Naib Canselor Taylor’s University sebagai kesinambungan daripada wawasan koridor ekonomi Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia yang telah diilhamkan Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri kelima.

 

JS-SEZ yang juga diinspirasikan daripada model kerjasama ekonomi Shenzhen-Hong Kong itu merupakan cerminan jelas visi mantan Perdana Menteri yang mesra disapa Pak Lah itu yang melihatkan senario ekonomi Johor-Singapura bukan sebagai kekangan tetapi peluang keemasan untuk mewujudkan sinergi dua hala antara kedua-dua wilayah itu.

 

Justeru, JS-SEZ bukan sahaja inisiatif fizikal merentasi sempadan tetapi merupakan gerakan ekonomi berimpak tinggi yang memerlukan perancangan strategik, kerangka dasar inovatif serta jalinan kerjasama menyeluruh bagi menjadikannya sebagai zon ekonomi masa depan yang unik di Asia Tenggara.

 

Selain itu, pembangunan projek Sistem Rapid Transit (RTS Link) yang bakal menghubungkan Johor Bahru dan Singapura diyakini mampu menjadi tulang belakang dalam menyokong pergerakan tenaga kerja dua negara dan memperkukuh kesalinghubungan fizikal dan ekonomi serantau.

 

Terdahulu, Prof Dr. Ong Kian Ming dijemput hadir selaku panel pada program JS-SEZ 360°: Beyond the Hype di CEREBRUM, Menara KOMTAR, Ibrahim International Business District (IIBD), pada Isnin.

 

#JSSEZ
#JTDC
#WTN
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor