BEKALAN AIR DI LOK HENG SEMAKIN STABIL

Usaha berterusan Kerajaan Johor dalam memastikan kebajikan rakyat serta kestabilan bekalan air terus terjamin membuahkan hasil apabila pelaksanaan Bekalan Air Berjadual (BAB) di kawasan sekitar Lok Heng berjaya ditamatkan lebih awal pada 16 Mei lalu melibatkan 4,037 pengguna di kawasan terjejas. | Foto FB Fazli Salleh
#IskandarPuteri – Usaha berterusan Kerajaan Johor dalam memastikan kebajikan dan keperluan asas rakyat terus terpelihara membuahkan hasil apabila bekalan air di kawasan sekitar Lok Heng kini semakin stabil.
Perkembangan positif itu membolehkan pelaksanaan Bekalan Air Berjadual (BAB) yang sebelum ini dijadualkan berakhir pada 30 Mei 2026 dapat ditamatkan lebih awal iaitu pada 16 Mei lalu yang melibatkan seramai 4,037 pengguna di kawasan terjejas.
Usaha berterusan itu dilaksanakan susulan peningkatan paras sumber utama air mentah di Sungai Ulu Sedili Kecil yang kini berada pada tahap lebih stabil dan mampu menampung keperluan semasa penduduk sekitar kawasan Lok Heng dan Waha.
Kerajaan Johor pada masa sama memahami kesukaran yang dihadapi rakyat sepanjang tempoh gangguan bekalan air kerana ia memberi kesan kepada urusan harian, pekerjaan serta kehidupan masyarakat setempat.
Justeru, beberapa langkah persediaan awal dan penambahbaikan jangka panjang sedang diperhalusi bagi memastikan isu berkenaan dapat diminimumkan, khususnya ketika musim kemarau atau peningkatan penggunaan air pada musim perayaan.
Antara langkah yang akan dilaksanakan termasuk pengoperasian semula Loji Penyahgaraman (Desalination Plant) oleh Ranhill SAJ yang sebelum ini membantu menstabilkan bekalan air di kawasan berkenaan.
Selain itu, Kerajaan Negeri bersama pihak berkaitan turut memperhalusi beberapa perancangan lain bagi meningkatkan kapasiti bekalan serta memperkukuh sistem sedia ada supaya kawasan terlibat lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cabaran pada masa hadapan.
Pelaksanaan usaha berkenaan mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Johor dalam memastikan keperluan asas rakyat terus diberi perhatian selain memperkukuh sistem bekalan air demi kesejahteraan Bangsa Johor.
#JohorSafeZone
#BekalanAirJohor
#KomunitiLokHeng
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


