SERLAH POTENSI MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS

YAD Datin Sharmin Fazlina Mohd Shukor selaku wakil rasmi Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor merangkap Isteri Kepada YAB Menteri Besar Johor menyempurnakan perasmian Karnival Bakat Sukan dan Permainan Pendidikan Khas Negeri Johor Tahun 2025 di Toppen Shopping Centre. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

#JohorBahru – Karnival Bakat Sukan dan Permainan Pendidikan Khas Negeri Johor Tahun 2025 menjadi platform penting mencungkil potensi, mengasah bakat dan memperkasa keterlibatan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) dalam bidang sukan secara inklusif di negeri ini.

 

Bukan hanya sekadar pertandingan, karnival berkenaan menjadi medan untuk meraikan keunikan, semangat juang dan daya usaha lebih 800 murid dalam arena sukan sekali gus membuka ruang untuk golongan istimewa itu bersinar seperti rakan sebaya lain.

 

Inisiatif tersebut adalah selari dengan usaha Kerajaan Negeri mewujudkan ekosistem pendidikan yang menyokong pendekatan menyeluruh dan mesra komuniti selain menjadi langkah awal ke arah memperluas penyertaan MBPK dalam sukan berprestasi tinggi menerusi sokongan pelbagai pihak.

 

Penganjuran karnival berkenaan turut mencerminkan iltizam Kerajaan Negeri untuk terus memastikan setiap murid tanpa mengira keupayaan dan perbezaan diberikan peluang saksama menyerlahkan bakat serta membina keyakinan diri melalui aktiviti sihat dan berimpak positif.

 

Terdahulu, YAD Datin Sharmin Fazlina Mohd Shukor selaku wakil rasmi Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor merangkap Isteri Kepada YAB Menteri Besar Johor diiringi YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor menyempurnakan perasmian Karnival Bakat Sukan dan Permainan Pendidikan Khas Negeri Johor Tahun 2025 di Toppen Shopping Centre, hari ini.

 

#PendidikanInklusif
#MBPK
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor