JOHOR BAKAL LAHIRKAN 600 AKAUNTAN PROFESIONAL

YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Program ACCA dan ICAEW. | Foto Aznan Tamin

 

#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri komited memperkukuh laluan kerjaya profesional dalam bidang perakaunan yang membuka lebih banyak peluang pendidikan bertaraf antarabangsa melalui penyediaan program pensijilan diiktiraf global.

 

Komitmen berkenaan diterjemahkan menerusi Program ‘Association of Chartered Certified Accountants’ (ACCA) dan ‘Institute of Chartered Accountants in England and Wales’ (ICAEW) melibatkan 600 penempatan disediakan khas untuk anak Johor.

 

Membabitkan kerjasama antara Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) dengan Yayasan Peneraju (YP) dan Sunway TES ‘Centre for Accountancy Excellence’ (CAE), program itu menjadi platform memperkasa anak muda dengan ilmu, kemahiran dan peluang masa depan.

 

Program yang terbuka kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), golongan profesional yang bekerja serta pemegang ijazah itu menampilkan YP sebagai pemacu utama dalam menyokong pembangunan modal insan negeri Johor dengan menyediakan dana khas bagi program ‘work-up skill’.

 

Manakala Sunway TES CAE pula memainkan peranan penting sebagai penyedia latihan rasmi ACCA meliputi fasiliti dan tenaga pengajar profesional untuk memastikan peserta menerima latihan berkualiti tinggi selaras dengan piawaian antarabangsa.

 

Terdahulu, YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Program ACCA dan ICAEW kerjasama antara JTDC dengan rakan strategik, baru-baru ini.

 

#JTDCxYPxSunwayTES
#AkauntanProfesional
#ACCAxICAEW
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor