RUMAH KASIH JOHOR, BUKTI KEPRIHATINAN KERAJAAN JOHOR

YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor hadir ke Majlis Penyerahan Kunci RKJ kepada empat penerima di daerah Pontian, hari ini. | Foto Aisyah Mazalan

 

Kerajaan Johor sentiasa komited untuk terus membantu kesejahteraan rakyat khususnya membabitkan soal perumahan apabila berjaya merealisasikan pelaksanaan Rumah Kasih Johor (RKJ) dengan sehingga kini sebanyak 175 unit kediaman itu sudah siap dibina dan diserahkan kepada penerimanya.

 

Di bawah kepimpinan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM67.5 juta bagi menyiapkan 500 unit rumah percuma bernilai RM88,000, di mana setiap unit kediaman tersebut turut dilengkapi dengan satu hingga tiga bilik tidur dan bilik air mengikut kepada keperluan.

 

Untuk rekod, sebanyak 50 unit RKJ siap dibina pada tahun 2024 dan ia telah diserahkan kepada penerima, manakala baki unit perumahan berkenaan pula dijangka dapat disiapkan menjelang tahun 2026, sekali gus memenuhi sebahagian daripada sasaran 500 unit RKJ menjelang tahun 2026.

 

Sehingga kini, sebanyak 400 permohonan untuk mendapatkan kediaman RKJ telah diluluskan dan jika terdapat permintaan tambahan daripada rakyat, maka pihak Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan cadangan untuk menambah lagi 200 unit RKJ dengan menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 700 unit.

 

Inisiatif ini bukan sahaja membuktikan kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan, malah membuktikan komitmen Kerajaan Johor dalam memastikan agenda perumahan rakyat mampu direalisasikan, terutama menerusi sasaran 100,000 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) menjelang tahun 2030.

 

Terdahulu, YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor hadir ke Majlis Penyerahan Kunci RKJ kepada empat penerima di daerah Pontian, hari ini.

 

#PerumahanJohor
#RumahKasihJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor