PIBKS JOHOR SOKONG JAWATANKUASA ANTI BULI JOHOR

#JohorSafeZone.
#IskandarPuteri – Persatuan Ibu Bapa Komuniti Sekolah (PIBKS) Johor memberi sokongan penuh kepada Kerajaan Negeri atas inisiatif penubuhan Jawatankuasa Khas Anti Buli di setiap daerah di negeri ini sebagai usaha proaktif dalam membendung gejala buli dengan lebih berkesan.
Menjunjung titah DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, PIBKS Johor menegaskan bahawa langkah penguatkuasaan yang ketat amat diperlukan bagi memastikan institusi pendidikan kekal sebagai kawasan selamat dan kondusif untuk anak-anak di negeri ini menimba ilmu.
PIBKS Johor juga memberi komitmen untuk turut sama berada di barisan hadapan dalam menjayakan inisiatif ini, selain berharap pelaksanaan Dasar Keselamatan di Sekolah yang dibincangkan bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga akan dapat dilaksanakan dengan kadar segera.
Seluruh pihak termasuk kumpulan pendidik, golongan ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), komuniti setempat serta agensi berkaitan diseru supaya bersama berganding bahu agar usaha ini berjalan lancar dan berterusan, sekali gus merealisasikan hasrat untuk menjadikan Johor sebuah negeri dengan sekolah-sekolah yang selamat, harmoni dan bebas daripada budaya buli.
Justeru, PIBKS Johor komited untuk terus bekerjasama rapat dengan YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) demi memastikan matlamat murni tersebut tercapai.
#JohorSafeZone
#AntiBuli
#KamiBenciBuli
#StandUpSpeakUp
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor