SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR MULAKAN LAWATAN KE SELURUH DAERAH

YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor memulakan lawatan kerja ke daerah-daerah selama empat hari bagi memperkukuh hubungan bersama penjawat awam Johor. | Foto MDJ Wira Anggara
#JohorBahru – YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor memulakan lawatan kerja ke daerah-daerah selama empat hari bermula hari ini, bagi merapatkan dan memperkukuhkan lagi hubungan bersama penjawat awam di negeri ini.
Pengisian lawatan kerja bermula dengan penyerahan geran bantuan berjumlah RM75,000 kepada YBhg. Encik Mohd Masni Wakiman, Pegawai Daerah Johor Bahru dan PUSPANITA Cawangan Daerah Johor Bahru di Kediaman Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pagi tadi.
Aktiviti disusuli dengan acara pelepasan konvoi ke Kota Tinggi di mana Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dan isteri, YDH Datin Halimah Mohamed Rasip bersama delegasi dijadualkan ke Masjid Al-Hadi, Kampung Makam bagi menyampaikan bantuan dan mendengar taklimat pembangunan daerah itu.
Seterusnya, konvoi menuju ke Dataran Air Papan, Mersing untuk menyertai permainan sukan rakyat bersama penjawat awam di daerah tersebut serta penyerahan sumbangan Program HELP : Seluhur Kasih, Simbiosis Tercipta Tahun 2025 yang mengakhiri lawatan kerja untuk hari pertama.
Lawatan kerja berkenaan menterjemah tekad Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dalam memperkasa perkhidmatan awam negeri dengan tindakan ‘turun padang’ bagi memastikan pegawai dan warga kerja sentiasa peka dan responsif demi mewujudkan sebuah pentadbiran yang cekap, telus serta berorientasikan rakyat.
Terdahulu, YB Dato’ Mohammed Ridha Dato’ Abd Kadir, Pegawai Kewangan Negeri Johor menyempurnakan Majlis Pelepasan Konvoi Lawatan Kerja Setiausaha Kerajaan Negeri Johor ke Daerah-Daerah di Kediaman Rasmi Setiausaha Kerajaan Johor, hari ini.
#JohorSafeZone
#LawatanKerjaSUKJ
#TadbirUrusKerajaan
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor