PEMBINAAN LPT4 KINI DI PERINGKAT KERJA AWALAN

Perancangan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 4 (LPT4) kini memasuki peringkat awal, menandakan kemajuan penting projek infrastruktur strategik di Pantai Timur Johor. | Foto FB Fazli Salleh
#IskandarPuteri – Perancangan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 4 (LPT4) kini memasuki peringkat kerja-kerja awalan, sekali gus menandakan perkembangan penting ke arah merealisasikan projek infrastruktur strategik di sebelah Pantai Timur Johor.
Bagi maksud itu, peruntukan berjumlah RM25 juta telah diluluskan untuk melaksanakan kerja-kerja awalan meliputi kajian trafik, reka bentuk kejuruteraan serta cadangan jajaran yang dijadualkan bermula pada tahun ini bagi memastikan perancangan projek dibuat secara terperinci dan berasaskan keperluan sebenar.
Cadangan pembinaan LPT4 yang sebelum ini disenaraikan dalam Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya (HNDP) untuk dilaksanakan selepas tahun 2030 itu kini diletakkan sebagai keutamaan perancangan negeri, selari dengan pembangunan semasa Johor serta keperluan mempercepat pembangunan di kawasan Pantai Timur.
Secara keseluruhan, LPT4 dicadangkan melibatkan jajaran sepanjang 142 kilometer (KM) bermula dari Ulu Tiram hingga ke Mersing dengan objektif merancakkan pembangunan kawasan sekitar serta melengkapkan rangkaian Lebuhraya Pantai Timur sedia ada, sekali gus menghubungkan Johor melalui Kuantan, Pahang.
Projek ini melibatkan tiga jajaran utama iaitu Johor Bahru–Kota Tinggi, Kota Tinggi–Mersing dan Mersing–Endau dengan proses libat urus bersama Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang dilaksanakan bagi memastikan pelaksanaannya mampu memberi manfaat optimum kepada pembangunan negeri dan kemudahan rakyat.
Perkembangan ini mencerminkan usaha berterusan Kerajaan Negeri Johor dalam memperkukuh jaringan infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan meningkatkan kesalinghubungan di kawasan Pantai Timur Johor.
#JohorSafeZone
#LebuhrayaPantaiTimur4
#LPT4
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



