1,990 GURU KAFA JOHOR TERIMA BANTUAN KHAS KEWANGAN HARI RAYA

Kenyataan media YB Tuan Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor.
#IskandarPuteri – Seramai 1,990 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di negeri ini menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) Hari Raya sebanyak RM1,000 seorang atau secara berkadar yang melibatkan jumlah peruntukan keseluruhan lebih daripada RM1.9 juta.
Bantuan tersebut dijangka akan mula disalurkan pada 13 Mac ini sebagai tanda penghargaan Kerajaan Negeri terhadap jasa dan komitmen guru KAFA dalam mendidik generasi muda Bangsa Johor dengan ilmu al-Quran, jelas YB Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor.
Pengumuman tersebut dibuat susulan keputusan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor yang sebelum ini mengumumkan pemberian BKK Hari Raya kepada Penjawat Awam Kerajaan Negeri Johor sebanyak satu bulan gaji yang mula disalurkan bermula 5 Mac lalu.
Sebelum ini, guru KAFA di negeri Johor turut menerima BKK sebanyak RM2,000 seorang atau secara berkadar pada Disember 2025 yang telah memberi manfaat kepada 2,064 penerima dengan jumlah peruntukan lebih RM3.8 juta.
Pemberian tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif Kerajaan Negeri dalam Belanjawan Johor 2026 yang memperuntukkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam Kerajaan Negeri Johor, sekali gus dapat membantu meringankan beban kewangan penerima dalam membuat persiapan menjelang sambutan Aidilfitri.
#JohorSafeZone
#GuruKAFA
#BantuanKhasKewangan
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



