JOHOR AMBIL TINDAKAN SEGERA LINDUNGI KESELAMATAN WARGA SEKOLAH

Kerajaan Johor telah mengambil tindakan segera berhubung satu kes jangkitan Tuberkulosis (Tibi) melibatkan seorang murid di daerah Pontian setelah ia disahkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pontian.
#IskandarPuteri – Kerajaan Johor telah mengambil tindakan segera berhubung satu kes jangkitan Tuberkulosis (Tibi) melibatkan seorang murid di daerah Pontian setelah ia disahkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pontian, baru-baru ini.
Sebagai langkah awal, PKD Pontian juga telah melaksanakan tindakan segera dengan mengenal pasti semua kontak rapat yang terlibat dan diarahkan supaya hadir ke Klinik Kesihatan (KK) Pontian bagi menjalani saringan kesihatan, jelas YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor.
Selain itu, Kerajaan Negeri turut memastikan aspek pencegahan diberikan menerusi kerja-kerja sanitasi dan pembersihan menyeluruh yang dilaksanakan di kawasan-kawasan dikenal pasti berisiko bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan warga sekolah serta komuniti setempat terus terpelihara.
Semua sekolah di daerah terlibat juga diingatkan supaya terus mematuhi arahan dan garis panduan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari semasa ke semasa, selain perlu memberikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa kesihatan bagi memastikan situasi ini kekal terkawal.
Kerajaan Negeri juga akan terus memantau perkembangan kes ini secara rapi melalui kerjasama berterusan dengan KKM dan PKD Pontian, selaras dengan komitmen negeri dalam memastikan kesihatan awam sentiasa menjadi keutamaan.
#JohorSafeZone
#TIBI
#Sekolah
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



