KEBAJIKAN PENDIDIK AGAMA ISLAM DI JOHOR TERUS JADI KEUTAMAAN

YB Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri dan Penyampaian Bantuan Pasca Ramadan di Pejabat Pendidikan Islam (PPID) Daerah Johor Bahru dan PPID Daerah Kulai. | Foto MDJ Nurina Aisyah
#JohorBahru – Kerajaan Johor terus komited dalam memastikan kebajikan golongan pendidik agama Islam sentiasa menjadi keutamaan, sekali gus berupaya memperkukuh sistem pendidikan Islam di negeri ini melalui pelbagai bantuan yang melibatkan semua daerah di Johor.
Bagi tujuan itu, Kerajaan Negeri memperuntukkan Bantuan Kebajikan Sekolah (BKS) sebanyak RM359,000 kepada 96 buah sekolah agama, sementara dana berjumlah RM435,420 bagi pengurusan tahfiz yang membabitkan 24 sekolah.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga turut menyediakan peruntukan bagi Insentif Kantin Halal sebanyak RM183,000 yang telah melibatkan 61 buah kantin di Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ).
Bagi menghargai jasa para guru tahfiz pula, Kerajaan Negeri turut memperuntukkan sebanyak RM132,000 bagi Bantuan Khas Guru Tahfiz dan Pondok yang melibatkan 264 penerima, selain Bantuan Kasih Johor (BKJ) berjumlah RM36,000 pula diberikan kepada jurunikah yang membabitkan 36 penerima.
Inisiatif sama turut dilaksana di daerah Kulai menerusi inisiatif BKS berjumlah RM72,000 yang melibatkan 21 sekolah, selain peruntukan sebanyak RM52,260 pula bagi tujuan pengurusan tahfiz di empat sekolah di daerah berkenaan.
Kerajaan Johor juga turut memperuntukkan sebanyak RM21,000 bagi Insentif Kantin Halal yang membabitkan tujuh kantin SAKJ, selain 25 penerima pula mendapat Bantuan Khas Guru Tahfiz dan Pondok berjumlah RM12,500 manakala peruntukan sebanyak RM10,000 menerusi inisiatif BKJ pula diberikan kepada 10 jurunikah di daerah berkenaan.
Sementara itu, Kerajaan Negeri menerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) turut memperuntukan sebanyak RM187,588 sebagai sumbangan kepada golongan asnaf di daerah berkenaan. Ia merangkumi pelbagai jenis bantuan seperti bantuan sara hidup, rawatan dialisis, perubatan dan perumahan.
Selain itu, tiga kawasan Dewan Negeri Johor (DUN) di daerah Kulai turut menerima peruntukan bagi tujuan pengurusan pentadbiran sekolah dengan DUN Bukit Permai menerima sumbangan sebanyak RM42,680; Bukit Batu (RM70,830) dan Senai (RM44,250).
Terdahulu, pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri MAINJ turut berlangsung Sesi Penyerahan Bantuan Asnaf yang melibatkan DUN Larkin yang menerima Bantuan Rawatan Dialisis sebanyak RM35,760 selama setahun, manakala dua lagi DUN iaitu Kempas dan Tiram pula menerima Bantuan Perubatan Pelbagai (Tapak Fistula) sebanyak RM8,100 dan RM8,000.
Turut mendapat sumbangan ialah Jawatankuasa Penyelarasan Khas DUN (JPKD) Puteri Wangsa yang turut menerima Bantuan Perubatan Pelbagai (Tapak Fistula) sebanyak RM8,000.
Tiga lagi DUN pula menerima Bantuan Perubatan Pelbagai iaitu Permas sebanyak RM12,000 setahun; Stulang (RM5,000) dan Kota Iskandar bagi Sewa Rumah (RM6,000) selama setahun. Bagi DUN Skudai pula, mereka menerima Bantuan Berdikari sebanyak RM12,000.
Terdahulu, YB Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor hadir ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri dan Penyampaian Bantuan Pasca Ramadan di Pejabat Pendidikan Islam (PPID) Daerah Johor Bahru dan PPID Daerah Kulai.
Turut hadir ialah YB Dato’ Dr. Haji Nooh Gadut, Penasihat MAINJ; YAA YB Dato’ Haji Muhammad Khaldun Mohamad Sharif, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor (JKSNJ); YBhg. Tuan Haji Nasri Md Ali, Pengarah JAINJ serta YBhg. Tuan Haji Mohd Radzi Mohd Amin, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ.
#JohorSafeZone
#PPIDKulai
#PPIDJohorBahru
#MAINJ
#JAINJ
#PIJ
#BKJ
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



