KERAJAAN JOHOR LANCAR BAUCAR KASIH JOHOR, AKAN DIPERLUAS KE 16 PBT

Sebagai permulaan, projek rintis inisiatif berkenaan sedang dilaksanakan di Medan Niaga Kampung Melayu Majidee melibatkan lebih 4,000 ketua isi rumah yang menerima baucar bernilai RM200 untuk digunakan di lokasi berkenaan. | Foto FB Onn Hafiz Ghazi
#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri akan melaksanakan inisiatif Baucar Kasih Johor secara berperingkat di seluruh 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.
Sebagai permulaan, projek rintis inisiatif berkenaan sedang dilaksanakan di Medan Niaga Kampung Melayu Majidee melibatkan lebih 4,000 ketua isi rumah yang menerima baucar bernilai RM200 untuk digunakan di lokasi berkenaan.
Inisiatif ini diinspirasikan daripada model Geylang Serai, Singapura yang bukan sahaja membantu rakyat mendapatkan keperluan harian pada harga berpatutan, malah turut merancakkan ekonomi setempat secara lebih tersusun dan moden.
Pelaksanaannya akan memberi penekanan kepada pemantauan dan penguatkuasaan yang konsisten termasuk aspek kebersihan, kualiti makanan serta perkhidmatan bagi memastikan standard yang tinggi kepada pengguna.
Sekiranya projek rintis ini menunjukkan impak positif sebagaimana yang diharapkan, Kerajaan Negeri bercadang untuk memperluaskan pelaksanaannya ke seluruh 16 PBT di Johor secara berfasa.
Langkah ini dijangka bukan sahaja berupaya membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat, malah turut memberi limpahan manfaat kepada ekonomi setempat serta memperkukuh ekosistem peniaga kecil di seluruh Johor.
Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan setiap dasar yang dilaksanakan memberi impak langsung kepada rakyat, selaras dengan usaha memperkukuh kesejahteraan Bangsa Johor.
#JohorSafeZone
#BaucarKasihJohor
#BangsaJohorSejahtera
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



