8,537 ANAK MUDA JOHOR NIKMATI GAJI PREMIUM MENERUSI JTDC

Sehingga Mei 2026, usaha Kerajaan Johor melalui Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) dalam memperkasakan pembangunan modal insan terus menunjukkan hasil positif apabila seramai 8,537 anak muda Johor berjaya memperoleh pekerjaan bergaji premium dengan pendapatan melebihi RM4,000 sebulan menerusi pelbagai program dan inisiatif yang diselaraskan oleh JTDC. | Foto arkib MDJ

 

#IskandarPuteri – Usaha Kerajaan Johor menerusi Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) untuk memperkasakan pembangunan modal insan di negeri ini terus membuahkan hasil yang diingini apabila ribuan anak Johor kini berjaya menikmati peluang pekerjaan bergaji premium.

 

Sehingga Mei 2026, seramai 8,537 anak muda Johor berjaya memperoleh pekerjaan dengan pendapatan melebihi RM4,000 sebulan menerusi pelbagai program dan inisiatif yang telah diselaraskan oleh JTDC sebelum ini.

 

Usaha itu berjaya dicapai hasil penubuhan JTDC yang dilancarkan pada November 2024 sebagai platform utama bagi menyelaras pembangunan bakat, latihan kemahiran serta padanan pekerjaan mengikut keperluan industri semasa dan masa hadapan.

 

Untuk rekod, sejak 2022 hingga 2025, Johor telah berjaya mewujudkan sebanyak 75,573 peluang pekerjaan baharu hasil kemasukan pelaburan strategik dan keyakinan pelabur terhadap potensi ekonomi negeri ini, jelas YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor.

 

Malah, pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang disokong dengan inisiatif JTDC turut menyumbang kepada peningkatan sebanyak 37 peratus peluang pekerjaan baharu dengan 24,584 pekerjaan direkodkan pada tahun 2025 berbanding tahun sebelumnya.

 

Selain itu, JTDC turut melaksanakan pelbagai program bersifat proaktif seperti padanan pekerjaan, penganjuran karnival kerjaya bersama industri, Program Pro-Mahir, latihan ‘upskilling’ dan ‘reskilling’, pensijilan pusat data serta latihan kemahiran berasaskan keperluan pasaran pekerjaan serta pelabur di Johor.

 

Pencapaian ini membuktikan usaha Kerajaan Johor bukan sekadar menarik pelaburan, malah memastikan manfaat ekonomi dapat dirasai secara langsung oleh rakyat melalui peluang pekerjaan yang berkualiti dan berpendapatan lebih tinggi.

 

#JohorSafeZone
#JTDC
#GajiPremium
#PeluangPekerjaan
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor