KERAJAAN JOHOR TERUS PERKUKUH INSTITUSI KEKELUARGAAN, KEBAJIKAN PELAJAR DAN PEMBANGUNAN EKONOMI HALAL

Kesemua usaha ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memperkukuh peranan institusi agama Islam bukan sahaja dari sudut pentadbiran, malah merangkumi pembangunan keluarga, kebajikan pelajar dan pemerkasaan ekonomi masyarakat. | Foto FB Mohd Fared Mohd Khalid.
#IskandarPuteri – Kerajaan Johor terus memperkukuh institusi kekeluargaan, kebajikan pelajar serta memperkasa pembangunan pendidikan Islam menerusi peranan dimainkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) yang menjadi keutamaan memastikan kesejahteraan Bangsa Johor.
Antara perkara diberi perhatian ialah penambahbaikan modul kursus pra-perkahwinan, penyelarasan program bersama agensi berkaitan serta penyediaan pelan tindakan bagi menangani isu perceraian.
Ia termasuk merancang pendekatan lebih menyeluruh dan bersepadu bagi memastikan pasangan memperoleh bimbingan sewajarnya dalam membina rumah tangga yang harmoni dan sejahtera.
Selain itu, kebajikan dan pembangunan pendidikan Islam turut diberikan perhatian melibatkan kemudahan penginapan pelajar Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) bagi memastikan persekitaran tempat tinggal sentiasa berada dalam keadaan baik, selesa dan selamat.
Pada masa sama, usaha memperluaskan skop bantuan kepada usahawan mikro dalam sektor halal turut diberi perhatian bagi membuka lebih banyak peluang kepada golongan usahawan untuk mengembangkan perniagaan.
Kesemua usaha ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memperkukuh peranan institusi agama Islam bukan sahaja dari sudut pentadbiran, malah merangkumi pembangunan keluarga, kebajikan pelajar dan pemerkasaan ekonomi masyarakat.
Terdahulu, YB Tuan Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Kali Ke-298, baru-baru ini.
#JohorSafeZone
#MAINJ
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


