MBIP TERIMA LORI ROAD SWEEPER, PERKUKUH PENGURUSAN KEBERSIHAN BANDAR

YB Dato’ Haji Hasrin Kamal Hashim, Datuk Bandar MBIP pada sesi penyerahan dan demonstrasi jentera tersebut di Dewan Utama MBIP Medini. | Foto Majlis Bandaraya Iskandar Puteri
#IskandarPuteri – Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) terus memperkukuh lagi usaha bagi memastikan persekitaran bandar di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu sentiasa bersih, selamat dan selesa menerusi penyerahan sebuah lori jenis Rigid – Road Sweeper.
Penggunaan aset berkenaan merupakan antara langkah terkini yang dilaksanakan oleh MBIP dalam memperkukuh keupayaan pengurusan kebersihan bandar melalui penggunaan teknologi serta jentera yang bersesuaian dengan keperluan semasa.
Malah, MBIP juga menjadi PBT pertama di Johor yang memiliki kenderaan pembersihan seumpamanya, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan dalam meningkatkan kecekapan operasi kebersihan di kawasan pentadbirannya.
Inisiatif ini selaras dengan Agenda Johor Bersih yang telah digerakkan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor sebagai antara usaha memperkukuh agenda Maju Johor serta menyokong objektif Pelan Strategik MBIP 2022–2026.
Menerusi penambahan aset berteknologi terbaharu ini, kerja-kerja pembersihan di kawasan awam dan jaringan jalan raya di sekitar kawasan Iskandar Puteri diharap dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan sistematik.
Terdahulu, YB Dato’ Haji Hasrin Kamal Hashim, Datuk Bandar MBIP menyempurnakan sesi penyerahan dan demonstrasi jentera tersebut di Dewan Utama MBIP Medini, hari ini.
#JohorSafeZone
#MBIP
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


