JS-SEZ CATAT PELABURAN DILULUSKAN BERNILAI RM88.83 BILION

YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor menghadiri Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Menteri bagi Kerjasama Johor-Singapura (JSCMC) di Singapura. | Foto MEDKOM
#IskandarPuteri – Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berjaya merekodkan pelaburan diluluskan berjumlah RM88.83 bilion bagi tempoh Januari 2025 hingga Jun 2026, dengan RM42.64 bilion daripadanya telah direalisasikan, sekali gus mengukuhkan kedudukan Johor sebagai destinasi pelaburan strategik dan hab pertumbuhan ekonomi serantau.
Perkembangan positif itu mencerminkan tahap kemajuan pelaksanaan JS-SEZ yang menjadi platform strategik untuk memperluas kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Singapura, khususnya dalam menarik pelaburan serta meningkatkan daya saing kedua-dua negara.
Kerjasama dua hala yang sebelum ini memberi tumpuan kepada pembangunan Iskandar Malaysia kini diperluas merangkumi pelaksanaan JS-SEZ, sektor pengangkutan serta usaha mempermudah pergerakan rakyat dan barangan merentasi sempadan.
Bagi memastikan setiap inisiatif berkenaan dapat dilaksanakan secara lebih tersusun, kedua-dua negara turut bersetuju menubuhkan pasukan kerja khusus bagi menyelaras dan memantau perkara yang telah dipersetujui agar setiap perancangan dapat diterjemahkan kepada tindakan yang berkesan.
Seiring dengan perkembangan itu, Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh infrastruktur, memudah cara urusan pelaburan serta meningkatkan kemahiran anak-anak Johor supaya mereka berupaya merebut peluang pekerjaan yang bakal diwujudkan melalui pertumbuhan ekonomi negeri pada masa akan datang.
Sementara itu, persiapan menjelang pengoperasian Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura yang disasarkan pada Februari 2027 akan terus diberi perhatian bagi meningkatkan kelancaran perjalanan rentas sempadan serta memudahkan urusan harian rakyat di kedua-dua negara.
Menjelang pelancaran pelan pembangunan JS-SEZ yang dijangka pada Disember 2026, kerjasama strategik Malaysia dan Singapura akan terus diperkasa bagi memastikan inisiatif berkenaan berupaya memberi manfaat kepada ekonomi negeri serta membuka lebih banyak peluang kepada rakyat, khususnya Bangsa Johor.
Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor menghadiri Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Menteri bagi Kerjasama Johor-Singapura (JSCMC) di Singapura yang dipengerusikan bersama YB Tuan Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Menteri Ekonomi Malaysia dan TYT Chee Hong Tat, Menteri Pembangunan Negara Singapura.
#JohorSafeZone
#JSSEZ
#JohorHomeOfChampions
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



