JOHOR CADANG PENDEKKAN TEMPOH LANTIKAN AHLI MAJLIS DAN KETUA KAMPUNG JIKA GAGAL LAKSANAKAN TUGAS

Menerusi pendekatan itu, setiap Ahli Majlis dan Ketua Kampung akan dipertanggungjawabkan terhadap kawasan masing-masing dengan prestasi dinilai berdasarkan kepada hasil kerja dan keberkesanan menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat. | Foto MDJ Nazreen
#IskandarPuteri – Kerajaan Johor bercadang untuk menetapkan tempoh pelantikan Ahli Majlis dan Ketua Kampung daripada dua tahun kepada satu tahun dengan pembaharuan lantikan dibuat berdasarkan penilaian prestasi semasa.
Penilaian melalui Petunjuk Prestasi Utama (KPI) akan mengambil kira kekerapan turun padang, kepantasan memberikan maklum balas serta keberkesanan tindakan susulan dalam menangani sesuatu isu dan keperluan rakyat di kawasan masing-masing.
Menerusi pendekatan itu, setiap Ahli Majlis dan Ketua Kampung akan dipertanggungjawabkan terhadap kawasan masing-masing dengan prestasi dinilai berdasarkan kepada hasil kerja dan keberkesanan menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat.
Setiap Ahli Majlis dan Ketua Kampung yang menerima lantikan juga dikehendaki menandatangani surat aku janji sebagai tanda persetujuan untuk memenuhi KPI yang ditetapkan.
Justeru, mana-mana Ahli Majlis dan Ketua Kampung yang gagal mencapai KPI yang telah ditetapkan selepas tempoh satu tahun tidak akan diperbaharui pelantikannya untuk tahun seterusnya.
Pendekatan itu secara tidak langsung menegaskan bahawa jawatan di peringkat akar umbi merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang perlu diterjemahkan melalui tindakan serta hasil kerja, bukan hanya sekadar memegang jawatan semata-mata.
Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor menyampaikan ucapan penggulungan pada Mesyuarat Kedua (Belanjawan 2027) bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Ke-16 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini.
#JohorSafeZone
#BelanjawanJohor2027
#JohorMajuRakyatSejahtera
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



