KESEJAHTERAAN BANGSA JOHOR TIDAK DIKORBANKAN DEMI PELABURAN

Perkara itu jelas berdasarkan kelulusan bekalan air terawat kepada 19 pusat data yang telah beroperasi di Johor, iaitu sebanyak 21 juta liter sehari (JLH), jauh lebih rendah berbanding jumlah permohonan asal sebanyak 73 JLH, malah angka tersebut hanya mewakili kira-kira 1.05 peratus daripada purata pengeluaran air terawat negeri sebanyak 2,034 JLH. | Foto MDJ Nazreen
#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri menegaskan kesejahteraan Bangsa Johor tidak akan dikorbankan hanya demi menarik pelaburan, termasuk pembangunan pusat data yang memerlukan sumber air, tenaga elektrik dan infrastruktur yang mencukupi.
Perkara itu jelas berdasarkan kelulusan bekalan air terawat kepada 19 pusat data yang telah beroperasi di Johor, iaitu sebanyak 21 juta liter sehari (JLH), jauh lebih rendah berbanding jumlah permohonan asal sebanyak 73 JLH, malah angka tersebut hanya mewakili kira-kira 1.05 peratus daripada purata pengeluaran air terawat negeri sebanyak 2,034 JLH.
Angka tersebut mencerminkan pendekatan Kerajaan Negeri yang tidak menerima permohonan pembangunan pusat data secara melulu, sebaliknya setiap permohonan dinilai secara terperinci berdasarkan keperluan air, bekalan elektrik, teknologi hijau dan kapasiti infrastruktur sebelum dipertimbangkan untuk kelulusan.
Penilaian berkenaan dilaksanakan menerusi Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Pusat Data Negeri Johor (JPPPDNJ) bersama agensi teknikal termasuk Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ), Ranhill SAJ, Johor Special Water (JSW) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi memastikan hanya permohonan yang memenuhi standard keperluan teknikal dikemukakan untuk proses Kebenaran Merancang.
Pada masa sama, Kerajaan Negeri turut menggalakkan penggunaan teknologi penyejukan udara serta sumber air alternatif bagi mengurangkan kebergantungan sesebuah pusat data terhadap bekalan air terawat, termasuk penggunaan air kumbahan terawat oleh Bridge Data Centres dan Computility serta sumber air Sungai Tebrau oleh DayOne menerusi loji rawatan air (LRA) yang dibina sendiri di Kempas Tech Park.
Pendekatan ini menunjukkan pembangunan sektor pusat data di Johor sentiasa bergerak seiring dengan keperluan menjaga kepentingan rakyat, apabila peluang ekonomi terus dibuka, namun penggunaan sumber air, tenaga dan kelestarian alam sekitar tetap dikawal secara berdisiplin.
Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, menyampaikan ucapan penggulungan pada Mesyuarat Kedua (Belanjawan 2027) bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Ke-16 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini.
#JohorSafeZone
#BelanjawanJohor2027
#JohorMajuRakyatSejahtera
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


