ACLE BUKAN BIASA-BIASA


Ketua jurulatih JDT, Hector Bidoglio dan wakil pemain JDT, Jordi Amat di sidang media pra perlawanan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) 2024/25. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menerima kunjungan pasukan Liga Super China, Shanghai Shenhua dalam perlawanan kedua peringkat liga, Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim pada Selasa.

 

Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio memberi bayangan Harimau Selatan sudah bersedia untuk mempamerkan aksi mengujakan dan berjuang secara kompetitif di pentas tertinggi kelab Asia.

 

“Saya akui JDT mempunyai pemain yang hebat dengan skill individu, tetapi bola sepak adalah permainan berpasukan, dan kami akan bermain cara JDT,” ujar Hector dalam sidang media pra perlawanan.

 

Sementara itu, Jordi Amat menyifatkan perhitungan esok sangat istimewa untuk beliau kerana pasukan akan beraksi di hadapan ribuan penyokong, selain mengiktiraf suasana dan sorakan penyokong memainkan peranan penting untuk pasukan.

 

“Perlawanan ACLE adalah sesuatu yang berbeza. JDT telah melalui pelbagai fasa dan bersedia menghadapi sesiapa sahaja, dan ini adalah pencapaian yang besar bagi JDT. Sudah tentu kami ingin menang kerana itu merupakan mentaliti yang diterapkan dalam setiap perlawanan, dan pasukan kini berada dalam motivasi terbaik,” ujarnya.

 

Pada aksi pertama, JDT berjaya membawa pulang 1 mata selepas mengikat juara Liga Super China, Shanghai Port 2-2 di Stadium Bolasepak Pudong China yang menyaksikan Arif Aiman Hanapi menyumbat dua gol dalam kancah pertandingan elit itu.

 

#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor