AIDILFITRI PERERAT UKHUWAH PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR


YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor berjaya menghimpunkan generasi lama dan baharu pasukan pegawai tadbir yang bertanggungjawab mengemudi kecemerlangan pentadbiran Kerajaan Negeri. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Semangat dedikasi dan integriti serta disusuli ikatan setiakawan berjaya menghimpunkan ‘Keluarga JCS’ dalam Majlis Jalinan Adilfitri YB Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bersama Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Johor 2024 di Kediaman Rasmi SUK.

 

Majlis yang dihoskan oleh YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi bin Rohani itu turut juga berjaya menghimpunkan generasi lama dan baharu pasukan pegawai tadbir yang bertanggungjawab mengemudi kecemerlangan pentadbiran Kerajaan Negeri.

 

Antara tokoh JCS yang hadir pada majlis berkenaan ialah YB Dato’ Dr. Abdul Rahim bin Ramli, Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Johor yang juga mantan Setiausaha Kerajaan Johor; YB Dato’ Hj Mohd Halim bin Hasbullah, mantan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Johor dan YB Dato’ Haji Lukman bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor merangkap Presiden Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Johor.

 

Majlis sama turut diserikan dengan kehadiran ‘top gun’ Kerajaan Johor yang antaranya ialah YB Dato’ Hj Mohammed Ridha bin Dato’ Hj Abd Kadir, Pegawai Kewangan Negeri; YB Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) merangkap Timbalan Presiden Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Johor serta Pegawai-Pegawai Tadbir Kerajaan Johor.

 

Pada majlis itu, YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor turut meraikan tiga Pegawai Tadbir Kerajaan Negeri Johor yang bersara pada tahun ini iaitu YB Dato’ Hj Salehuddin Hj Hassan, Tuan Hj Zulkifly Hj Mohd Tahir dan Puan Hjh Khasanah Sufaat @ Supaat.

 

Turut diraikan dan menerima sumbangan adalah 10 orang bakal jemaah yang akan mengerjakan ibadah haji bagi tahun 1445H/2024M.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor