PERKUKUH STATUS JOHOR SEBAGAI DESTINASI PILIHAN PELANCONGAN


Foto hiasan Arkib MDJ.

 

Keseriusan Kerajaan Negeri menggerakkan usaha bersama pemain industri bagi merealisasikan Johor sebagai destinasi pilihan pelancongan bernilai tinggi dan bertaraf antarabangsa menjelang Tahun Melawat Johor 2026 adalah tepat pada masanya.

 

Kumpulan Penyelidik Perancang Pelancongan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diketuai Tpr. Dr. Norhazliza Abdul Halim melihat perancangan ke arah itu telah diterjemah sebaik sahaja YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor menerajui portfolio pelancongan negeri sejak Februari lalu.

 

Justeru, pemain dan penggerak industri pelancongan perlu bergerak seiring dengan Kerajaan Negeri bagi memastikan sektor berkenaan di negeri ini, terus berdaya tahan dan ke arah kelestarian serta inklusif selari dengan Dasar Pelancongan Negara 2020-2030.

 

Pada masa sama, komuniti setempat yang menjalankan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mahupun inap desa juga perlu dilibatkan sebagai produk sokongan sekiranya mahu menjadikan Johor sebagai hab pelancongan terkemuka di negara ini.

 

Sokongan padu Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) kepada Kerajaan Negeri dengan menyalurkan peruntukan bagi menaik taraf infrastruktur serta prasarana pelancongan di negeri ini juga signifikan ke arah menjayakan Tahun Melawat Johor 2026.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor