AIR KATHIRA ABU BAKAR, SETAHUN SEKALI BERSUA


Radiah Abu Bakar, 51, penyambung warisan Air Kathira Abu Bakar memberitahu ramuan minuman lazat ini dipelajari bapanya, Allahyarham Abu Bakar Mohammed Eusoff Al Pichir di Pakistan. | Foto MDJ Nurina Aisyah

“Siang terbayang, malam merindu” itulah ‘tagline’ yang diberikan oleh pelanggan setia Air Kathira Abu Bakar yang sangat sinonim dengan Bangsa Johor setiap kali tibanya Ramadan.

 

Menurut Radiah Abu Bakar, 51, yang juga penyambung warisan Air Kathira Abu Bakar memberitahu ramuan minuman lazat ini dipelajari bapanya, Allahyarham Abu Bakar Mohammed Eusoff Al Pichir di Pakistan.

 

Bagaimanapun katanya, air khatira ini kemudiannya diolah mengukut citarasa orang Melayu dan di jual di Pasar Johor yang sekarang ini menjadi tapak pusat beli belah City Square sebelum berpindah ke Tampoi.

 

Namun disebabkan oleh pandemik Covid-19, pusat penghasilan air khatira ini kemudian dipindahkan ke rumah lama arwah bapanya di Kampung Plentong Tengah, Masai dan tahun ini genap lima tahun kami beroperasi di sini.

 

Bila disebut air khatira ini, kebiasaannya orang mengira ia diperbuat daripada getah anggur dan gamat arab tetapi Radiah memberitahu air istimewa ini berasal dari Pakistan dan perkataan kathira itu sendiri membawa maksud ‘kemenyan India’ yang boleh digunakan untuk masakan dan minuman.

 

Ujarnya, antara bahan yang digunakan ialah khatira yang diimport dari India, buah semangkuk, kurma, badam, kabung, kismis, agar-agar, daun pandan sebagai pewangi dan lain-lain lagi.

 

Apa yang menjadikan Air Khatira Abu Bakar menjadi rebutan ialah ia hanya dikeluarkan setahun sekali sahaja atau lebih tepatnya apabila tibanya Ramadan. Justeru ia menjadikan permintaan terhadap ‘minuman legend’ ini setiasa tinggi bukan sahaja di Johor tetapi hingga ke Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Pulau Pinang, Terengganu dan Negeri Sembilan.

 

Permintaan yang menggalakan ini menyebabkan pihak syarikat perlu menghasilkan 500 hingga 800 liter air khatira setiap hari. Minuman berkhasiat ini mampu bertahan sehingga setahun jika disimpan di peti sejuk beku dan tiga hari penyimpanan di ‘chiller’.

 

Malah, setiap agen negeri lain juga bersetuju untuk mengambil stok minuman ini pada waktu malam bagi merendahkan risiko kerosakan kualiti air berikutan keadaan panas pada siang hari.

 

Orang ramai yang ingin mendapatkan dan membuat tempahan Air Khatira Abu Bakar boleh ke Bazar Kampung Melayu, Taman Suria, Taman Dahlia Tampoi, Larkin, Perling, Bandar Baru Uda (Berhampiran masjid), Pangsapuri Panti Bandar Baru Uda atau lokasi tentera dan pastikan setiap produk yang dibeli adalah original.

 

📍No.24, Jalan Haji Jaafar,
Kampung Plentong Tengah ,
81750 Masai,
Johor.
📞 012-796 5440

 

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor