LANGKAH BERJAGA-JAGA AWAL BUKAN CATUAN AIR


Ops Aidilfitri Tahun 2024 menggerakkan 27 lori tangki air dan 294 tangki statik ke semua daerah. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Kerajaan Negeri membuat persediaan awal dengan mengambil langkah berjaga-jaga bukannya melakukan catuan agar isu tekanan air rendah akibat penggunaan yang tinggi ketika musim perayaan Aidilfitri tidak memberi kesan kepada rakyat.

 

YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor memaklumkan langkah berkenaan yang diambil menerusi Ops Aidilfitri Tahun 2024 adalah dengan menggerakkan 27 lori tangki dan 294 tangki statik ke semua daerah.

 

Operasi bersama Ranhill SAJ bermula 3 hingga 17 April 2024 itu bagi mengurangkan impak isu tekanan air rendah memandangkan dijangka hampir 20 hingga 30 peratus mereka yang tinggal di luar Johor Bahru akan pulang ke kampung untuk beraya.

 

Selain itu, beliau akui ada membincangkan mengenai pembenihan awan, namun Kerajaan Negeri lebih memberikan tumpuan kepada intervensi mengatasi tekanan air rendah dan memastikan rakyat menerima bekalan ketika Aidilfitri ini.

 

Terdahulu, Menteri Besar Johor ditemui media selepas menyempurnakan pelancaran Program Jualan Kasih Johor dan Penyampaian Sumbangan Aidilfitri Tahun 2024 Peringkat Negeri Johor di Dataran Dato’ Jalok, Benut, hari ini.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor