Entries by Farhan Khair Fawazul Khair

USAH DIBUAI KEJAYAAN, TERUS SOKONG JDT!

  “Hari kita lupa macam mana kita bermula, di mana kita berada sebelum semua kejayaan, adalah hari kami musnah. Berjuta dikorbankan demi senyuman dan kegembiraan mu. Tak pernah berputus asa, sentiasa melawan. Semua demi mu. Harap satu hari nanti anda sedar dan hargai pengorbanan ini.” – Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan […]

JOHOR SEDIA GEGAR BUMI KENYALANG

  Kontinjen Johor melaungkan kesediaan berjuang habis-habisan pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 sekali gus menolak sebarang tekanan meskipun turun selaku juara bertahan temasya dwi-tahunan tersebut.   Seramai 599 atlet, 188 pengurus pasukan dan jurulatih serta 85 urusetia yang akan membawa cabaran kontinjen Johor bermula 17 hingga 24 Ogos depan diingatkan supaya sentiasa bekerjasama […]

KESELESAAN PETUGAS KESIHATAN JADI KEUTAMAAN

  Kebajikan dan keselesaan petugas kesihatan terutama di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru terus menjadi keutamaan Kerajaan Negeri menerusi pelaksanaan inisiatif Johor Prihatin dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.   Inisiatif di bawah Strategi Mensejahterakan Penjawat Awam di dalam Belanjawan Johor 2024 itu memperuntukkan sebanyak RM2.32 juta bagi meningkatkan keselesaan 465 bilik pantri […]

JAGA IMEJ BAIK NEGERI JOHOR

  Kontinjen Johor akan memulakan episod baharu temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI di Sarawak bulan hadapan selaku juara bertahan dan reputasi ini pasti akan menyebabkan mata peminat sukan tanah air akan memberi tumpuan lebih terhadap semua atlet Johor.   YB Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor […]

SUKMA XXI: LUASKAN KUASAMU JOHOR

  Semua pengurus pasukan perlu memainkan peranan penting terutama mempersiapkan atlet Johor dalam menghadapi cabaran dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan berlangsung di Sarawak, bulan depan.   Ketua Kontinjen SUKMA Johor, YB Datuk Pandak Ahmad memberitahu, persiapan dari segi mental dan fizikal atlet Johor sangat penting kerana ia akan menjadi aset terbaik untuk mencipta […]

HOKI PEREMPUAN JOHOR ‘GEGO’ KUANTAN

  Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar (SMSSI) Mersing, Johor muncul juara kategori emas perempuan Kejohanan Hoki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) peringkat Kebangsaan 2024 Piala Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP), semalam.   Diterajui Andik Nur Zahirah Mohd Johari selaku kapten pasukan, SMSSI berjaya menewaskan Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ) dengan keputusan 1-0 dalam perlawanan […]

TERIMA KASIH JDT UNTUK PENGALAMAN BERHARGA

  Cabaran Malaysian University Football Team (MUFT) dalam saingan Piala FA 2024/25 berakhir dengan penuh bermakna meskipun tewas agregat besar kepada penyandang juara, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di peringkat suku akhir.   Wakil tunggal Liga A1 Semi-Pro Kejuaraan MBSB Bank 2024/2025 tumpas 5-0 pada suku akhir pertama minggu lalu dan 8-0 suku akhir […]

JDT ‘JUNJUNG’ KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

  Sejak Kod Undang-Undang Hammurabi diperkenalkan oleh pemerintah di negeri Babylon pada 1772 sebelum masihi (SM), kehidupan manusia mula ditentukan oleh satu peraturan yang bukan sahaja mengawal tingkah laku tetapi juga menjadi pegangan, etika dan juga gaya hidup pada waktu itu, sekali gus membina ketamadunan negara bangsa yang unggul.   Sejajar dengan perkembangan semasa, undang-undang […]

PBNJ SATU-SATUNYA PERSATUAN SUKAN TERIMA PENGGREDAN GERAN A

  Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) menjadi persatuan sukan tunggal yang berjaya menerima penggredan Geran A yang berjumlah RM100,000 tahun ini sekali gus mengulangi pencapaian sama buat kali ketiga berturut-turut sejak 2022.   Penarafan terbaharu itu secara tidak langsung meletakkan PBNJ di satu aras yang lebih tinggi selepas mengambil kira kecemerlangan badan sukan terbabit yang […]

BERSAMA JAYAKAN MISI ‘JOHOR SPORT POWERHOUSE’

  Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat. Atas dasar kebersamaan dalam memajukan industri sukan di Johor, Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) buat julung kalinya, menghimpunkan semua persatuan sukan Negeri Johor dalam satu sesi Johor Sports Townhall 2024 yang diadakan di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru.   Majlis dimulakan dengan ucapan aluan YB Mohd […]