Entries by Muhammad Imran Mohd Razib

JOHOR BUSINESS SCHOOL BERPOTENSI LAHIR GRADUAN BERDAYA SAING

  #BatuPahat – Johor Business School (JBS), pusat pengajian baharu yang diperkenalkan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada tahun lalu dilihat mampu membangunkan modal insan berkualiti, holistik dan juga menjalin hubungan lestari bersama komuniti setempat.   Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang juga Canselor UTHM, bertitah menzahirkan […]

LALUAN BAHARU RANCAK PELANCONGAN DAN EKONOMI

  #IskandarPuteri – Tourism Johor menyambut baik laluan baharu penerbangan terus Batik Air di antara Johor Bahru dengan Bangkok, Thailand bermula Isnin lalu, yang bakal memberikan limpahan manfaat apabila memudahkan akses pelancong dan menawarkan peluang besar dalam aktiviti ekonomi serta pelancongan di negeri ini.   Perkhidmatan syarikat penerbangan tersebut mampu memperkukuh Zon Ekonomi Khas Johor […]

JOHOR TEROKA PELUANG PELABURAN

  #IskandarPuteri – Johor terus memperkukuh hubungan ekonomi dan peluang kerjasama strategik dalam sektor teknologi hijau, tenaga boleh diperbaharui dan kecerdasan buatan (AI) menerusi lawatan kerja delegasi Kerajaan Negeri Johor ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).   Delegasi Kerajaan Negeri ke Abu Dhabi diketuai YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor telah mengadakan pertemuan dengan […]

TINDAKAN AWAL PASTIKAN MANGSA BANJIR TERBELA

  #IskandarPuteri – Fenomena peralihan musim Monsun Timur Laut (MTL) yang berlaku lebih awal berbanding kebiasaan hingga mengakibatkan daerah Segamat dilanda banjir ternyata menjejaskan operasi pengurusan bencana yang telah digerakkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Segamat.   Ia berikutan JPBD Segamat yang dianggotai oleh pelbagai jabatan dan agensi telah melaksanakan pelan dan langkah awal […]

KERAJAAN JOHOR SIAP SIAGA HADAPI MTL

  #IskandarPuteri – Kesiapsiagaan Kerajaan Negeri dalam menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2024/2025 berada pada tahap tinggi menerusi persediaan pengurusan bencana supaya dapat dikendalikan secara sistematik, lancar dan berpasukan bagi meminimakan risiko kerugian mangsa serta memudahkan gerak kerja penyaluran bantuan.   Untuk memperkukuhkan kesiapsiagaan pengurusan bencana seperti banjir, ribut dan tanah runtuh, sebanyak RM2 juta […]

TAMBAH BAIK PRASARANA SEKOLAH RINTIS

  #JohorBahru – Meskipun tanggungjawab membaik pulih fasiliti sekolah berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak menghalang Kerajaan Negeri untuk mengambil inisiatif sendiri terutama dalam memastikan prasarana makmal sains dan makmal komputer di empat Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) dilengkapi dengan kemudahan dan teknologi terkini.   Ia termasuk sejumlah RM6.22 juta yang […]

JOHOR TIMBA ILMU DENGAN KOREA SELATAN

  #IskandarPuteri – Negeri Johor terus mengatur strategi untuk menjadi enjin pertumbuhan ekonomi negara menerusi pemantapan strategi bagi terus memperkukuh rantaian bekalan tempatan agar dapat bersaing di peringkat antarabangsa.   Penganjuran Forum Ekonomi Sinergi Johor 2024 menampilkan Prof. Dr. Keun Lee, Pensyarah Ekonomi Universiti Nasional Seoul menjadi platform kepada negeri ini mengambil inspirasi daripada model […]

DEWAN NEGERI JOHOR LULUS BELANJAWAN JOHOR 2025

  #IskandarPuteri – Dewan Negeri Johor hari ini meluluskan Belanjawan Johor 2025 berjumlah RM1.999 bilion selepas mendapat sokongan sebulat suara dari Ahli Dewan Negeri Johor.   Belanjawan Johor 2025 bertemakan ‘Maju Johor, Rakyat Sejahtera’ sebelum ini telah dibentangkan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar pada 21 November lalu.   Negeri Johor turut diunjurkan mengutip […]

TERIMA PERKENAN ANJUR BOLA SEPAK SUKAN SEA

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri mendapat perkenan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor untuk menjadi tuan rumah bagi acara bola sepak pada temasya Sukan SEA 2027.   Bagaimanapun, perbincangan lanjut akan diadakan bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Jawatankuasa Pengelola dan Sekretariat Sukan SEA 2027 bagi menentukan gelanggang sesuai untuk […]

CADANG WUJUD MINGGU JAWI JOHOR

  Kerajaan Negeri sedia untuk mempertimbangkan cadangan pelaksanaan Minggu Jawi Johor sebagai langkah untuk memperkasakan tulisan jawi dalam kalangan masyarakat terutama membabitkan generasi muda.   Segala bentuk cadangan dan penyelarasan pelaksanaan Minggu Jawi Johor itu akan melibatkan kerjasama erat beberapa pihak seperti Majlis Kebudayaan Negeri Johor dan Yayasan Warisan Johor (YWJ) terutama bagi membincangkan berkaitan […]