Entries by Muhammad Imran Mohd Razib

DEWAN NEGERI JOHOR LULUS BELANJAWAN JOHOR 2025

  #IskandarPuteri – Dewan Negeri Johor hari ini meluluskan Belanjawan Johor 2025 berjumlah RM1.999 bilion selepas mendapat sokongan sebulat suara dari Ahli Dewan Negeri Johor.   Belanjawan Johor 2025 bertemakan ‘Maju Johor, Rakyat Sejahtera’ sebelum ini telah dibentangkan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar pada 21 November lalu.   Negeri Johor turut diunjurkan mengutip […]

TERIMA PERKENAN ANJUR BOLA SEPAK SUKAN SEA

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri mendapat perkenan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor untuk menjadi tuan rumah bagi acara bola sepak pada temasya Sukan SEA 2027.   Bagaimanapun, perbincangan lanjut akan diadakan bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Jawatankuasa Pengelola dan Sekretariat Sukan SEA 2027 bagi menentukan gelanggang sesuai untuk […]

CADANG WUJUD MINGGU JAWI JOHOR

  Kerajaan Negeri sedia untuk mempertimbangkan cadangan pelaksanaan Minggu Jawi Johor sebagai langkah untuk memperkasakan tulisan jawi dalam kalangan masyarakat terutama membabitkan generasi muda.   Segala bentuk cadangan dan penyelarasan pelaksanaan Minggu Jawi Johor itu akan melibatkan kerjasama erat beberapa pihak seperti Majlis Kebudayaan Negeri Johor dan Yayasan Warisan Johor (YWJ) terutama bagi membincangkan berkaitan […]

PEMULANGAN HASIL CUKAI NEGERI PENTING

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri memohon Kerajaan Persekutuan memulangkan kembali 20 peratus hasil cukai negeri kepada negeri ini, selari dengan titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.   Permohonan tersebut disifatkan amat penting bagi memastikan Bangsa Johor terus menerima limpahan manfaat sekali gus memastikan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih baik demi […]

SEKOLAH RINTIS LAKSANA PENTAKSIRAN KECEMERLANGAN

  #IskandarPuteri – Susulan pengumuman pelaksanaan Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) melibatkan empat sekolah pada tahun hadapan, satu kaedah yang dikenali sebagai Pentaksiran Kecemerlangan Sekolah Rintis Bangsa Johor (PKSRBJ) akan dilaksanakan bagi menilai serta mengukur pencapaian standard murid di sekolah yang terlibat.   Berbeza dengan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga […]

JOHOR TUBUH JAWATANKUASA PERKASA ORANG KURANG UPAYA

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri mencadangkan penubuhan Majlis Tindakan Orang Kurang Upaya Johor (MTOJ) yang akan membantu merancang, memantau dan memberi cadangan untuk menambah baik serta memperkasa golongan berkenaan.   Gerak kerja penubuhan MTOJ kini di peringkat penelitian dan perincian yang turut melibatkan agensi di bawah portfolio Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor […]

ANAK JOHOR CEMERLANG PEPERIKSAAN A-LEVEL CAMBRIDGE

  #IskandarPuteri – Pelajar cemerlang tajaan Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) berjaya mengukir nama dalam peta kecemerlangan akademik selepas meraih pengiktirafan Anugerah Pencapaian Terbaik Dunia dalam peperiksaan A-Level Cambridge.   Kejayaan cemerlang tersebut diraih Laxmann A/L Muralitharan yang juga bekas pelajar Maktab Sultan Abu Bakar selepas dia memperoleh markah penuh 100 peratus dalam subjek Matematik, […]

JOHOR BERPOTENSI JADI HAB DIGITAL

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri yakin dengan perancangan rapi serta trend kemasukan pelaburan pusat data berskala besar ke Johor mampu menjadikan negeri ini sebagai hab digital utama di rantau Asia Pasifik dan seterusnya membuka laluan fasa yang lebih luas bagi pertumbuhan digital pada masa akan datang.   Selain itu, bagi memastikan aspek kelestarian dan tenaga […]

JOHOR BERI REBAT 30 PERATUS CUKAI HARTA

  #IskandarPuteri – Kerajaan Johor bersetuju memberikan rebat atau potongan sebanyak 30 peratus daripada nilai penyelarasan Kadar Taksiran Cukai Harta Baharu Tahun 2025 melibatkan 10 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi meringankan beban pembayar-pembayar cukai di negeri ini.   Kesemua PBT tersebut adalah Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP); Majlis Perbandaran Muar (MPM); Majlis Perbandaran Segamat (MPS); […]

5,000 AHLI SV MILIKI SIJIL LATIHAN PENGURUSAN BENCANA

  #IskandarPuteri – Kerajaan Johor akan terus memperkasa peranan skuad sukarelawan Southern Volunteers (SV) dalam usaha membantu mangsa banjir serta gerak kerja pasca bencana tersebut melalui kerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Johor.   Sehingga kini, seramai 5,000 ahli SV telah berjaya memiliki sijil latihan pengurusan bencana menerusi empat siri latihan persediaan yang […]