Entries by Muhammad Imran Mohd Razib

SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR NAIK KERETA API SEMARAK JIWA MERDEKA

  Program Ekspres Merdeka: Dari Selatan Dengan Jiwa Merdeka Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor berlangsung meriah dengan pelbagai pengisian aktiviti diadakan sepanjang perjalanan menaiki kereta api dari Johor Bahru Sentral (JB Sentral) ke Stesen Kereta Api Tanah Melayu (KTMB) Segamat.   Program julung kali diadakan diserikan dengan kehadiran YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, […]

INOVASI ‘GASING REKREASI’ KEKALKAN PERMAINAN TRADISIONAL

  Bagi generasi muda yang baru berjinak-jinak dengan permainan gasing, sudah tentu bermandi peluh untuk mengendalikan tali gasing agar dapat berpusing dalam tempoh lebih lama.   Namun, hasil kajian mendalam dilakukan oleh Yunus Ismail, 53, gasing rekreasi ciptaannya sejak tahun 2013 berjaya menyelesaikan masalah orang muda yang ingin mencuba permainan tradisional itu selain boleh dijadikan […]

JETCO BANTU RANCAK SEKTOR PELANCONGAN DI JOHOR

  Pejabat Ekonomi, Pelancongan dan Kebudayaan Johor (JETCO) di Singapura terus memainkan peranan signifikan menjayakan hasrat Kerajaan Negeri merancakkan ketiga-tiga sektor berkenaan dengan penglibatan pemain industri antara Johor dan Singapura.   Menerusi siri ketiga program Networking Lunch & Johor Tourism Product Update, JETCO menyediakan platform buat 30 pemain industri pelancongan bagi memperkukuhkan kerjasama dua hala […]

FOREST CITY BUKAN ‘BANDAR HANTU’

  #IskandarPuteri – Sebanyak 80 peratus unit komersial di Pulau Satu, sebuah pulau buatan seluas 700 ekar terletak di Forest City telah ditempah dalam masa kurang sejam sejak dilancarkan di galeri jualan Forest City.   Ia sekali gus menepis dakwaan tidak berasas Forest City sebagai bandar berhantu dan tidak berpenghuni tetapi sebaliknya pelbagai usaha telah […]

SKUAD PETANQUE JOHOR HADIAHKAN EMAS BUAT JURULATIH

  Skuad petanque wanita Johor mendedikasikan kemenangan istimewa diraih pada hari terakhir Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 buat ketua jurulatih, Ruhaizal Abu Amin yang banyak berkorban demi kebajikan pasukan.   Siti Zulika Zainal Abidin, 19, yang membuat penampilan sulung di pentas SUKMA menzahirkan kesyukuran selepas dapat membantu kem petanque Johor mencapai sasaran satu pingat […]

RAGBI LELAKI JOHOR AKHIRI PENANTIAN EMAS 30 TAHUN

  Skuad ragbi Johor merangkul pingat emas selepas mudah menewaskan Terengganu 29-0 dalam perlawanan akhir di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024.   Kejayaan tersebut hadir selepas kali terakhir mengungguli sukan ragbi di pentas SUKMA pada tahun 1994 selain turut mengubat kekecewaan sekadar menamatkan saingan di tempat kelima pada edisi sebelum ini.   Ketua […]

“SUKMA BERIKUTNYA, SAYA JUARA” – RENEE

  Atlet lawan pedang Johor, Renee Wan Qing Chan tekad menjadikan pingat gangsa diraih pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 sebagai semangat untuk bangkit pada edisi yang akan datang.   Renee yang baru berusia 14 tahun berjanji untuk menukar kilauan gangsa kepada emas dalam acaraj sabre perseorangan wanita pada edisi SUKMA berikutnya selain […]

ZI HAO PASANG IMPIAN KE OLIMPIK

  Atlet lawan pedang Johor, Teh Zi Hao menepati ramalan meraih pingat emas dalam saingan lawan pedang menewaskan Tony Lee dari Melaka, 15-13 pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 di Eastwood Valley Golf & Country Club, Miri.   Cemerlang dalam acara kegemarannya, sabre individu lelaki, Zi Hao memasang impian untuk beraksi di pentas […]

ASYRAAF TEKAD RAIH PINGAT UNTUK ARWAH IBU

  Atlet pelayaran Johor, Asyraaf Mokhtar bertekad menghadiahkan pingat dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 buat arwah ibunya, Rosmawati Md Yusuf yang meninggal dunia awal tahun ini.   Membuat penampilan ketiganya di pentas SUKMA, atlet berusia 21 tahun itu menyifatkan arwah ibunya sebagai pembakar semangat untuk tampil lebih cemerlang sejak berkecimpung dalam sukan […]

SKUAD SOFBOL WANITA JOHOR INTAI PINGAT EMAS

  Pasukan sofbol wanita Johor berjaya menempah slot ke perlawanan akhir temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 selepas menewaskan Negeri Sembilan 14-3 di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbau, Miri.   Persembahan cemerlang Johor terserlah apabila berjaya mengutip enam mata di innings pertama, tujuh mata di innings kedua dan satu mata di innings ketiga […]