JOHOR UNGGULI EKSPORT HASIL PERTANIAN

YB Dato’ Zahari Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor mengadakan tinjauan proses pengoperasian eksport hasil pertanian Negeri Johor di KSAB, Gelang Patah. | Foto MDJ Wira Anggara
#IskandarPuteri – Johor kekal sebagai peneraju dan penyumbang terbesar sektor pertanian negara setakat ini apabila merekodkan RM23.95 bilion bersamaan lebih 6.8 juta kilogram (kg) eksport hasil pertanian bagi tempoh Januari 2023 hingga Disember tahun lalu.
Berdasarkan pencapaian tersebut, aktiviti eksport hasil pertanian tertinggi direkodkan adalah di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) Gelang Patah dengan nilai RM10.3 bilion atau 3.4 juta kg diikuti Pelabuhan Johor Pasir Gudang iaitu RM7.5 bilion bersamaan 1.8 juta kg sepanjang tempoh berkenaan.
Selain itu, Kerajaan Negeri turut menjalinkan kerjasama dengan agensi strategik seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) serta Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) bagi melakukan pemeriksaan ketat di pintu masuk negara di negeri ini.
Usaha bersepadu di lapan pintu masuk melibatkan laluan darat, udara dan air itu bagi memastikan prosedur pengeksportan hasil pertanian dipatuhi sekali gus menyuntik keyakinan pemain baharu serta sedia ada dalam sektor berkenaan agar lebih aktif dalam pasaran eksport.
Terdahulu, YB Dato’ Zahari Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor mengadakan tinjauan proses pengoperasian eksport hasil pertanian Negeri Johor di KSAB, Gelang Patah, pada Rabu.
#WTN
#JohorFoodSecurity
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor