578 SEKOLAH AGAMA DI JOHOR JUGA DITUTUP SUSULAN JEREBU
#IskandarPuteri – Sebanyak 578 sekolah agama di seluruh Negeri Johor akan ditutup selama dua hari bermula esok sebagai langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu dan kemerosotan kualiti udara. Jumlah itu melibatkan 575 Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) serta tiga Sekolah Menengah Agama (SMA) Kerajaan Johor yang berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Johor […]
