SEMUA SEKOLAH DI JOHOR DITUTUP DUA HARI SUSULAN JEREBU

Arahan penutupan berkenaan melibatkan 1,198 buah sekolah dengan keseluruhan 617,258 orang murid di seluruh negeri, manakala proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan sepanjang tempoh penutupan. | Kenyataan Media YB Dr. Muhammad Naqib Ghazali
#IskandarPuteri – Semua sekolah di seluruh Negeri Johor akan ditutup selama dua hari bermula esok sebagai langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu serta kemerosotan kualiti udara demi memastikan keselamatan dan kesihatan murid terus menjadi keutamaan.
Keputusan Kerajaan Negeri ini dibuat dengan menjunjung titah DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, agar semua sekolah ditutup berikutan situasi jerebu yang sedang berlaku di seluruh daerah di negeri ini.
Arahan penutupan berkenaan melibatkan 1,198 sekolah dengan keseluruhan 617,258 orang murid di seluruh negeri, manakala proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan sepanjang tempoh penutupan.
Bagi sekolah yang menjalani Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4) atau mana-mana pentaksiran, pelaksanaan pentaksiran tersebut akan ditangguhkan dan dijadualkan semula tertakluk kepada ketetapan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) serta pihak berkaitan.
Kerajaan Negeri turut memahami keadaan ini memberi kesan kepada ibu bapa dan penjaga yang perlu bekerja, justeru kerjasama majikan diharapkan dapat diberikan melalui fleksibiliti serta pengaturan kerja yang bersesuaian sepanjang tempoh penutupan sekolah.
Dalam tempoh penutupan, Kerajaan Negeri bersama agensi berkaitan akan terus memantau keadaan kualiti udara dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi memastikan tindakan selanjutnya dapat ditentukan berdasarkan perkembangan semasa.
Ibu bapa dan penjaga juga dinasihatkan supaya memantau tahap kesihatan anak-anak, mengurangkan aktiviti di luar rumah, memastikan pengambilan air yang mencukupi serta mendapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala kesihatan seperti batuk, sakit tekak atau sesak nafas.
Terdahulu, YB Dr. Muhammad Naqib bin Md Ghazali, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, memaklumkan keputusan penutupan semua sekolah di seluruh Johor selama dua hari susulan keadaan jerebu dan kemerosotan kualiti udara.
#JohorSafeZone
#JerebuJohor
#PendidikanJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


