BANTUAN BILIK GURU MANFAATKAN 578 SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR

YB Tuan Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Johor pada Majlis Penyerahan Bantuan Bilik Guru Tahun 2026 bagi SAKJ Daerah Pontian di Sekolah Agama (SA) Lebai Mohd Yaakob, Pontian. | Foto FB Mohd Fared Mohd Khalid
#IskandarPuteri – Usaha memperkasa syiar Islam di negeri ini terus menjadi agenda Kerajaan Johor menerusi prospek pembangunan pendidikan agama dengan pelaksanaan inisiatif Bantuan Bilik Guru Tahun 2026 melibatkan 578 buah Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) di seluruh negeri ini.
Inisiatif berjumlah RM2.89 juta dengan kadar bantuan sebanyak RM5,000 ini disalurkan ke sekolah SAKJ di seluruh negeri ini yang bertujuan untuk membantu mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selesa, kondusif dan teratur untuk para guru agama di sekolah berkenaan.
Bantuan yang disalurkan bagi menyantuni warga pendidik di SAKJ itu secara tidak langsung menyokong usaha Kerajaan Negeri dalam memperkasa institusi pendidikan agama di Johor pada masa akan datang.
Sementara itu, bagi daerah Pontian, sebanyak RM260,000 diperuntukkan melibatkan 53 SAKJ dengan semua peruntukan ini diagihkan mengikut kawasan Dewan Negeri Johor (DUN) iaitu Benut, Pulai Sebatang, Kukup dan Pekan Nanas.
Terdahulu, YB Tuan Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Johor hadir ke Majlis Penyerahan Bantuan Bilik Guru Tahun 2026 bagi SAKJ Daerah Pontian di Sekolah Agama (SA) Lebai Mohd Yaakob, Pontian, baru-baru ini.
#JohorSafeZone
#SAKJ
#PendidikanIslamJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


