BAZAR RAKYAT AGRO JOHOR CATAT JUALAN RM6.22 JUTA


Bazar Rakyat Agro Johor (BRAJ) merekodkan hasil jualan sebanyak RM6.22 juta dengan 1.472 tan metrik hasil. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Inisiatif Kerajaan Negeri membantu rakyat mendapatkan produk pertanian dan makanan pada harga berpatutan menerusi Bazar Rakyat Agro Johor (BRAJ) merekodkan hasil jualan sebanyak RM6.22 juta dan 1.472 tan metrik komoditi melibatkan ikan dan ayam segar, telur, sayur-sayuran, buah-buahan, minyak masak serta daging.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Parit Raja, Nor Rashidah Ramli memberitahu, sejumlah RM862,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi menjayakan program tersebut.

 

Program dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Johor yang mula dianjurkan pada Februari lalu, berjaya melibatkan 1,936 usahawan dan memberi manfaat kepada 124,932 masyarakat setempat menerusi 62 siri di 10 daerah.

 

Untuk rekod, FAMA Negeri Johor turut mengadakan 173 Jualan Agro Madani di seluruh negeri bermula Ogos hingga November lalu, selain Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Negeri Johor (KPDN) pula menganjurkan Jualan Rahmah sebanyak dua kali sebulan di setiap 56 kawasan DUN.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor