BELANJAWAN 2023 AMBIL KIRA ASPEK, PROJEK PEMBANGUNAN DIPERLUKAN DI JOHOR
ISKANDAR PUTERI — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menzahirkan rasa gembira susulan berita baik diumumkan dalam Belanjawan 2023 yang dibentangkan Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Menurutnya, beliau gembira belanjawan yang dibentangkan telah mengambil kira aspek serta projek pembangunan yang diperlukan di negeri ini.
“Seperti yang saya sentiasa tekankan, infrastruktur asas yang baik serta sistem pengangkutan yang efisien adalah penting untuk keselesaan rakyat dan antara prasyarat bagi menarik minat pelabur,” katanya menerusi posting dimuatnaik di Facebook rasminya.
Onn Hafiz berkata, Kerajaan Johor juga sedang berusaha untuk membentangkan belanjawan negeri yang pro-rakyat pada bulan hadapan.
“Insha Allah, semoga kesemua perancangan ini berjalan dengan lancar serta dapat memberikan perkhidmatan dan manfaat terbaik kepada rakyat Johor,” katanya.
Ketika pembentangan Belanjawan 2023 yang lalu, antara insentif diumumkan melibatkan negeri ini adalah pembinaan lorong memotong Senai-Desaru Expressway, status khas bagi Kompleks Petroleum Pengerang, naiktaraf Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di Senai Utama-Pandan, sistem pengangkutan Bas Rapid Transit dipertingkatkan, Mersing dan Segamat menerima manfaat program ECERDC serta projek Landasan Keretapi Berkembar Gemas-Johor Bahru serta RTS Link.
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor