BELANJAWAN 2025 MAMPAN DAN SEJAHTERA


Gambar fail.

 

Iskandar Investment Berhad (IIB) menyambut baik Belanjawan 2025 diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan yang disifatkan telah memberikan fokus kepada pemulihan ekonomi, pertumbuhan mampan dan kesejahteraan rakyat.

 

Belanjawan memperuntukkan RM421 bilion itu diyakini Dato’ Idzham Mohd Hashim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIB mampu mengekalkan kestabilan fiskal dan berupaya meningkatkan keyakinan pelabur bagi melahirkan persekitaran kondusif pelaburan langsung asing (FDI) pada tahun hadapan.

 

Komitmen Kerajaan Persekutuan menggariskan insentif khusus di Zon Ekonomi Khas Johor – Singapura (JS-SEZ) dan Zon Kewangan Khas Forest City (FCSFZ) akan menjadikan kedua-dua zon berkenaan sebagai hab industri bernilai tinggi sekali gus menjadikan Johor destinasi pilihan pelabur global.

 

IIB dengan kerjasama pemegang taruh berhasrat membangunkan Iskandar Puteri sebagai metropolis mampan dan inklusif seterusnya mengalami pertumbuhan ekonomi yang seimbang serta menjadikan negeri ini kuasa ekonomi berdaya tahan.

 

Kerangka Insentif Pelaburan Baharu oleh Kerajaan Persekutuan yang memperkenalkan pengecualian cukai khas kepada universiti swasta dalam bidang digital dan robotik juga berupaya membantu Tech Medini menjadi hab inovasi digital di Iskandar Puteri yang menarik bakat baharu.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor