BERKERUSI RODA BUKAN HALANGAN RAI DETIK BERSEJARAH
Walaupun berkerusi roda tidak mematahkan semangat Jenson Tai Li Sheng untuk meraikan keberangkatan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor ke Istana Negara bersama rakan-rakan lain di Senai, hari ini.
Enggan terlepas detik bersejarah tersebut, beliau akui berasa berbaloi setelah bangun seawal jam 4:30 pagi untuk bersiap ke perkarangan Hangar DiRaja Johor, dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS).
Jenson menzahirkan rasa bertuah dan teruja atas pelantikan Baginda Tuanku Sultan sebagai KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17, kerana sifat kasih dan sayangnya DYMM Sultan Ibrahim kepada Bangsa Johor tanpa mengira kaum serta agama.
Beliau turut memuji Keluarga DiRaja Johor yang senantiasa prihatin dan selalu menjaga kebajikan rakyat negeri ini secara keseluruhan, sehingga dirinya sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) tidak pernah sesekali berasa terpinggir.
Jenson juga yakin dengan pemerintahan Baginda Tuanku Sultan dalam menjaga rakyat Malaysia seperti mana Bangsa Johor. Terkini, DYMM Sultan Ibrahim melafaz sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke-17 dalam upacara yang berlangsung penuh adat istiadat di Istana Negara, hari ini.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor