PELABURAN BROOKS AUTOMATION PACU JOHOR SEBAGAI DESTINASI INDUSTRI SEMIKONDUKTOR BERNILAI TINGGI

  #PasirGudang – Johor terus mengukuhkan kedudukan sebagai hab industri berteknologi tinggi apabila Brooks Automation, peneraju global dalam automasi semikonduktor dari Amerika Syarikat, merealisasikan pelaburan berjumlah RM245 juta menerusi pembukaan fasiliti baharu di Pasir Gudang.   Pelaburan berimpak tinggi ini turut menawarkan peluang pekerjaan bergaji kompetitif kepada warga tempatan melibatkan keseluruhan kira-kira 300 tenaga kerja […]

JOHOR TUBUH TASKFORCE ISU PENGURUSAN TANAH RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri memandang serius isu pengurusan tanah Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) yang tular di media sosial dan menzahirkan komitmen untuk menanganinya secara bertanggungjawab melalui penubuhan Taskforce Hal Ehwal Masyarakat Bukan Islam.   Taskforce dipengerusikan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor ini akan mengenal pasti tapak RIBI sedia ada […]

JOHOR TERIMA PERUNTUKAN RM116.22 JUTA KESUMA KUKUH PEMBANGUNAN BAKAT

  #IskandarPuteri – Kerajaan Johor merakamkan penghargaan kepada Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) atas komitmen berterusan dalam menyokong pembangunan bakat negeri menerusi peruntukan berjumlah RM116.22 juta bagi memperkukuh kebolehpasaran tenaga kerja serta ekosistem pekerjaan.   Peruntukan tersebut merangkumi pembiayaan latihan dan pembangunan kemahiran yang dirangka secara bersasar bagi memastikan tenaga kerja tempatan kekal relevan, berkemahiran tinggi […]

RIANLON CORPORATION LABUR RM1.27 BILION BANGUNKAN FASILITI DI TANJUNG LANGSAT

#PasirGudang – Rianlon Corporation, syarikat peneraju global dalam bidang polimer anti-penuaan dan kosmetik, membuat pelaburan bernilai RM1.27 bilion menerusi pembinaan kilang pembuatan serta kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Tanjung Langsat.   Projek yang dilaksanakan dalam dua fasa ini dijangka mewujudkan kira-kira 300 peluang pekerjaan khususnya dalam bidang kejuruteraan dan teknikal termasuk jawatan jurutera serta […]

PROJEK JALAN PINTAS MUAR-SEGAMAT SIAP FEBRUARI 2027

  #IskandarPuteri – Projek pembinaan jalan pintas baharu bagi mengurangkan kesesakan trafik antara Muar, Tangkak dan Segamat kini mencatat kemajuan sebanyak 66.19 peratus sekali gus bakal meningkatkan kelancaran pergerakan di kawasan terlibat.   Dijangka siap sepenuhnya pada Februari 2027, laluan ini juga berpotensi memendekkan masa perjalanan dari Muar ke Segamat tanpa melalui bandar Tangkak dan […]

KAPASITI AIR DAN ELEKTRIK MENCUKUPI, PELABURAN TIDAK JEJAS BEKALAN RAKYAT

  #IskandarPuteri – Kerajaan Johor memberi jaminan bahawa kapasiti bekalan air dan elektrik negeri kekal mencukupi serta tidak terjejas walaupun kemasukan pelaburan strategik semakin rancak khususnya di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).   Keperluan asas rakyat terus menjadi keutamaan dengan setiap pelaburan berskala besar hanya dipertimbangkan selepas melalui penilaian teknikal yang ketat bagi melindungi bekalan […]

LARKIN SENTRAL DIPERKASA SEBAGAI NADI PENGANGKUTAN SELATAN TANAH AIR

  #IskandarPuteri – Larkin Sentral terus diperkasakan sebagai nadi pengangkutan utama di selatan tanah air menerusi penyediaan tiga kaedah pembelian tiket yang lebih tersusun, lancar dan mesra pengguna.   Pendekatan bersepadu ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri memastikan aspek keselesaan, kecekapan dan keselamatan sentiasa menjadi keutamaan agar setiap perjalanan rakyat bermula dengan lebih yakin, teratur […]

UTM KUKUH PEMBANGUNAN BAKAT JS-SEZ MENERUSI ‘WALK WITH ME’

#IskandarPuteri – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus memperkukuhkan peranan sebagai pemacu pembangunan bakat negeri menerusi Program ‘Walk With Me’ bersama TalentCorp sebagai sebahagian daripada agenda strategik melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi khususnya bagi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).   Menerusi inisiatif ini, seramai 91 pelajar tahun akhir dari Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, Fakulti […]

JAMBATAN BAHARU PONTIAN KECHIL SIAP HUJUNG BULAN INI

  #IskandarPuteri – Projek pembinaan jambatan baharu Pontian Kechil yang merupakan antara infrastruktur penting di Negeri Johor kini mencapai kemajuan keseluruhan sebanyak 94 peratus setakat Disember lalu.   Projek penggantian jambatan lama di Sungai Pontian Kechil bermula Januari 2023 yang dijadualkan siap sepenuhnya pada hujung bulan ini, selaras dengan perancangan Kerajaan Negeri memperkukuhkan rangkaian infrastruktur […]

LEBIH 3,000 CCTV PINTAR PERLUAS PEMANTAUAN KESELAMATAN THE GREATER JB

  #IskandarPuteri – Empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan ‘The Greater Johor Bahru’ terus memperkasakan aspek keselamatan bandar selari dengan agenda Johor Selamat menerusi sistem pemantauan bandar pintar melibatkan pemasangan lebih 3,000 unit kamera litar tertutup (CCTV) sehingga suku keempat tahun ini.   Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 1,542 unit CCTV sudah beroperasi di kesemua […]