ISTIADAT PERTABALAN LAMBANG NEGARA BERDAULAT

  Seluruh rakyat berbilang kaum di seluruh negara bakal menyaksikan satu lagi lakaran peristiwa bersejarah iaitu Istiadat Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 yang menjadi simbol kedaulatan dan kebesaran institusi Raja Berperlembagaan dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, Kuala Lumpur, esok.   KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan […]

JOHOR BERSIH SENTIASA JADI KEUTAMAAN

  Memastikan kebersihan persekitaran melalui permuafakatan semua pihak termasuklah pemimpin dan masyarakat setempat serta pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) terus diberikan keutamaan Kerajaan Negeri dalam usaha menjayakan agenda Johor Bersih yang diperkenalkan sejak dua tahun lalu.   Agenda murni yang telah diperluaskan ke kawasan luar bandar dan sungai pada awal tahun ini menjadi menjadi aktiviti […]

BANGSA JOHOR MESTI JAGA JOHOR?

  Apabila Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor bertitah mahu Negeri Johor dilayan sebagai ‘partner’ kerana bukan dimiliki oleh Malaysia, kelihatan ramai yang kurang senang dan berebut-rebut memberikan pandangan hingga mengaitkan dengan cabaran terhadap sistem federalisme.   Suka atau tidak, Bangsa Johor melihat ada asasnya tuntutan yang dibuat Pemangku Sultan […]

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT

  Dalam usaha menyediakan sebuah perancangan kewangan bersifat inklusif dan pragmatik yang merasai denyut nadi rakyat seterusnya ke arah merealisasi Johor sebagai negeri maju menjelang tahun 2030, gerak kerja Belanjawan Johor 2025 bermula dengan mengumpulkan suara hati rakyat di seluruh pelusuk negeri ini.   Inisiatif dilaksanakan amat selari dengan aspirasi YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, […]

FAHAMI DAN JUNJUNG TITAH YANG DI-PERTUAN AGONG

  Rakyat di negara ini diseru menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sebagai ingatan tulus untuk mempertahankan nilai muhibah seterusnya memacu kecemerlangan negara bertunjangkan keharmonian.   Mengulas mengenai titah Seri Paduka Baginda pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024M pada Ahad lalu, Prof. […]

TANAM SEMANGAT HIJRAH UNTUK BANGUNKAN NEGERI

  Awal Muharam sememangnya detik amat bermakna seterusnya dekat dalam jiwa dan sanubari umat Islam seluruh dunia yang menghayati dan meneladani peristiwa hijrah junjungan besar Nabi Muhammad SAW bersama para sahabat dari Mekah ke Yathrib atau kini dikenali sebagai Madinah.   Sirah perjuangan penuh berliku baginda sewaktu mengembangkan ajaran Islam yang mendapat penentangan kaum Quraisy […]

BEKAS HAKIM SYARIE TOKOH MAAL HIJRAH JOHOR

  Tiada apa yang lebih istimewa buat Jainudin Mt Sum, bekas Hakim Mahkamah Syariah Negeri Johor dengan tempoh perkhidmatan lebih tiga dekad apabila dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1446H Peringkat Negeri Johor.   Pengiktirafan yang diterima disifatkan oleh bapa kepada lima cahaya mata itu sebagai penghargaan terhadap perundangan syariah seterusnya memberi semangat kepadanya untuk memperkasa […]

INGATAN BERHIKMAH PEMANGKU SULTAN JOHOR

  Di sebalik keperibadian tegas dan kelantangan menzahirkan pandangan serta nasihat penuh hikmah, Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor memiliki budi pekerti mulia yang amat disenangi dan menjadi suri teladan Bangsa Johor terutama golongan belia.   Berkongsi pengalaman mengadap DYAM Tunku Mahkota Ismail bagi mempersembah cadangan aktiviti belia, Mohammad Aliff […]

PERMATA JOHOR YANG BERSINAR

  Pengiktirafan ke atas pelajar dan sekolah yang mewakili seterusnya mengharumkan nama negeri dan negara dalam pelbagai acara dan pertandingan di peringkat antarabangsa diteruskan dengan penyampaian insentif galakan program Johor Stars Go Global siri 2 anjuran Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ).   Penerima insentif, Orkes Sujana Bakti dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan […]

JOHOR SEDIA JADI HAB PUSAT DATA SERANTAU

  Pengoperasian fasiliti penyedia perkhidmatan pusat data terkemuka di Asia, Princeton Digital Group (PDG) di Taman Teknologi Sedenak (STeP 1) memacu Johor berada di landasan yang tepat sebagai hab pusat data terbesar di Asia Tenggara.   Pembukaan fasiliti fasa pertama pusat data hiperskala 150 megawatt (MW) melibatkan pelaburan bernilai RM2 bilion itu dijangka menyediakan 500 […]