KELUARGA DIRAJA JOHOR PRIHATIN ASPEK KESIHATAN RAKYAT

  Sejak sekian lama Keluarga DiRaja Johor senantiasa menitik beratkan aspek kebajikan dan kesejahteraan rakyat di negeri ini. Tidak terkecuali tumpuan diberikan kepada perkhidmatan kesihatan dan perubatan awam. Keluarga DiRaja Johor sangat memberikan perhatian kepada sektor penjagaan kesihatan yang merupakan elemen penting dalam meningkatkan kualiti dan taraf kehidupan rakyat di Malaysia dan Negeri Johor khususnya. […]

KETEGASAN SULTAN IBRAHIM AMAT DINANTIKAN

  Ketegasan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor terhadap isu berkaitan rakyat serta dasar kerajaan dijangka akan mencorak satu sinergi baharu antara Istana Negara dan Putrajaya.   Prof Dr. Azmi Hassan, Geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Nusantara memuji kepimpinan dan keperibadian Baginda Tuanku Sultan termasuk kesediaannya berkongsi titah pandangan berkaitan hal […]

TERIMA KASIH TUANKU, HIDUP KAMI LEBIH SELESA

  “Alhamdulillah syukur pada Allah dan kami berterima kasih kepada DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor kerana mengurniakan patik bantuan membaiki rumah hingga membolehkan kehidupan kami lebih selesa,” kata penduduk Kampung Sri Paya Kulai, Khatijah Ibrahim.   Khatijah, 67, yang […]

ORANG SEGAMAT MEMANG PADU!

  Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Johor berjaya menarik hampir 8,000 pengunjung ke kaunter mereka bagi mendaftar dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) ketika Jelajah Aspirasi Orang Muda Johor @ Segamat pada Sabtu lalu.   Angka tersebut sekali gus menjadikan kira-kira 15,000 penduduk Segamat telah mengemas kini maklumat di dalam sistem PADU dan secara tidak […]

GERAK KERJAYA MYFUTUREJOBS @ SEGAMAT TERIMA SAMBUTAN LUAR BIASA

  Kerajaan Negeri melalui Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI) terus komited dalam menyediakan peluang pekerjaan terutama kepada warga Segamat menerusi Gerak Kerjaya MYFutureJobs @ Segamat 2024.   Seramai 676 pemohon telah ditemuduga berdasarkan 3,293 jawatan kosong yang ditawarkan bermula jam 9 pagi sehingga 4 petang dalam program tersebut berlangsung sempena Jelajah Orang Muda Johor […]

TUNKU MAHKOTA ISMAIL PEMANGKU SULTAN JOHOR BERJIWA RAKYAT

  Berjiwa rakyat, praktikal dan berwawasan. Itulah gambaran keperibadian DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor yang menjadi kebanggaan Bangsa Johor dari segenap ceruk negeri ini. Diputerakan pada 30 Jun 1984, putera sulung daripada enam adik beradik ini sejak dari kecil memiliki kepemimpinan yang bitara, suatu nilai yang mewarisi turun temurun daripada […]

PANGSAPURI KENARI MENJADI CONTOH BANGSA JOHOR BAHAGIA

Menteri Besar, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), YB Dato’ Mohd Haffiz Ahmad hari ini melakukan lawatan ke Pangsapuri Kenari Kangkar Pulai, Iskandar Puteri. Tinjauan itu dilakukan bagi melihat sendiri perkembangan terkini pangsapuri tersebut yang telah siap dibaik pulih selain pembinaan Perpustakaan Komuniti Bangsa Johor Bahagia (BJB) dan […]

PIS-MPM KOLABORASI JAYAKAN FLLSPG 2024

  Majlis Pelayang Malaysia dan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) memeterai Sijil Kolaborasi (CoC) bagi membentuk kerjasama sempena penganjuran Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) 2024 pada 24 Februari hingga 3 Mac 2024.   Majlis menandatangani CoC itu disempurnakan oleh Presiden Majlis Pelayang Malaysia merangkap Yang Dipertua Persatuan Pelayang Johor, Dato’ A. Rahim Nin dan Pengarah […]

KERAJAAN PERSEKUTUAN SALUR RM58 JUTA BAIKI JALAN ROSAK AKIBAT BANJIR

  Kerajaan Persekutuan memperuntukkan kira-kira RM58 juta bagi membaik pulih 10 jalan persekutuan yang terjejas akibat Monsun Timur Laut (MTL) di negeri ini , antaranya membabitkan jalan FT3 (Jalan Johor Bahru-Endau), FT91 (Jalan Kota Tinggi-Kluang) dan FT50 (Jalan Batu Pahat-Mersing).   Perkara tersebut diumumkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi selepas melakukan tinjauan […]

JABATAN, AGENSI KERAJAAN DISERU TERAP 4 PERKARA TINGKAT PERKHIDMATAN

  Agensi dan jabatan kerajaan diseru untuk menerapkan empat perkara penting bagi meningkatkan mutu perkhidmatan, sekali gus menjayakan segala agenda yang diumumkan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi pada pembentangan Belanjawan Johor 2024 yang lalu.   Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, […]