PERANCANGAN, TINDAKAN AWAL MENDEPANI BANJIR DI SEGAMAT

  Mengambil iktibar daripada bencana yang berlaku sebelum ini, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Segamat bertindak proaktif meningkatkan kesiap siagaan bagi menghadapi musim tengkujuh, terutama Monsun Timur Laut (MTL).   Jawatankuasa terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi itu sudah melaksanakan tindakan awalan seperti yang dirancang bagi mengurus dan mengawal banjir daripada menjadi lebih serius di […]

MUZIUM KOTA TINGGI, PUSAT SEJARAH AWAL NEGERI JOHOR

    Bagi memastikan peninggalan sejarah Negeri Johor terutama membabitkan zaman era pemerintahan Kerajaan Johor Lama terus kekal dihayati oleh pelbagai lapisan masyarakat terutama generasi muda hari ini, Muzium Kota Tinggi adalah antara destinasi yang wajib untuk dikunjungi.   Muzium Kota Tinggi yang telah dibuka secara rasmi pada 30 Ogos 2002 oleh DYMM Sultan Johor, […]

24 JALAN DIKENAL PASTI SESUAI GUNA TEKNOLOGI ‘GLOW IN THE DARK’

  Terdapat 24 lokasi jalan di negeri ini, dikenal pasti sesuai untuk dinaik taraf menggunakan teknologi garisan jalan bercahaya dalam gelap atau ‘glow in the dark’.   Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Johor memaklumkan kesemua lokasi terbabit terletak di sembilan daerah iaitu Johor Bahru, Pontian, Batu Pahat, Tangkak, Kluang, Kulai, Kota Tinggi, Muar dan Mersing. […]

JDT ‘BERJIMAT’ DEMI MASA HADAPAN

  Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan melakukan transformasi berskala besar menjelang musim 2024 dan 2025. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards, beberapa perubahan bakal dilakukan membabitkan kakitangan termasuk pemain dan staf teknikal yang akan dilepaskan oleh kelab. Beliau juga memaklumkan Harimau Selatan perlu membuat penstrukturan kewangan bagi memastikan kelangsungan jangka panjang. Langkah […]

KERJASAMA ERAT JBA-MSNJ PENTING LAHIRKAN BAKAT BADMINTON BAHARU

  Persatuan Badminton Johor (JBA) menghargai kerjasama dan peranan dimainkan Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) dalam membantu melaksanakan program pembangunan di peringkat akar umbi.   Hubungan erat antara JBA dan MSNJ boleh dilihat menerusi penyerahan Geran B berjumlah RM70,000 dari Kerajaan Negeri bagi dua tahun berturut-turut.   Presiden JBA, Roslan Abdul Ghani memaklumkan geran kepada […]

KERAJAAN JOHOR PERUNTUK RM8.4 JUTA BAIK PULIH ASRAMA PELAJAR DI MESIR

  Asrama menempatkan 220 pelajar Johor di Hayyu Thamin dan Rabaah, dekat Mesir, siap dibaik pulih melibatkan peruntukan RM8.4 juta daripada Kerajaan Negeri.   Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid memaklumkan inisiatif itu bagi memberi keselesaan dan menyediakan persekitaran kondusif kepada anak Johor di sana.   Kedua-dua asrama berkenaan […]

MBIP UJI TEKNOLOGI ‘GLOW IN THE DARK’

  Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) melaksanakan pengujian garisan jalan bercahaya dalam gelap atau ‘glow in the dark’ di kawasan pentadbirannya.   Pengujian cat garisan jalan berserta ‘road stud glow in the dark’ itu telah dilaksanakan di Hutan Bandar Mutiara Rini, Iskandar Puteri bagi menilai aspek teknikal.   MBIP memaklumkan aspek tersebut adalah kos, ketahanan, […]

PERKHIDMATAN KESIHATAN TERBAIK KEPADA BANGSA JOHOR

  Kerajaan Johor sentiasa memandang serius dan mengambil tindakan proaktif dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik untuk rakyat negeri ini, meskipun sektor kesihatan merupakan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.   Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berterima kasih kepada Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi atas bantuan menyelesaikan isu kesihatan dan penyediaan peruntukan […]

7 SEKOLAH RENDAH JUARA PELBAGAI KATEGORI IMELC 2023

  Tujuh sekolah rendah di negeri ini, diumumkan sebagai juara bagi lapan kategori dalam acara tahunan Iskandar Malaysia Ecolife Challenge (IMELC) 2023 dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Suria, Johor Bahru dinobatkan juara keseluruhan Kategori Sekolah Terbaik.   Selain itu, SK Taman Suria turut mengungguli Kategori Minyak Masak Terpakai selepas berjaya mengumpulkan 3.57 tan minyak. Manakala […]

DANIA SOFEA BERGAYA PERTAHAN KEJUARAAN

  Pemain perseorangan wanita muda negara, Dania Sofea Zaidi, 16, menepati ramalan apabila muncul juara kategori perempuan Bawah 17 Tahun, Kejohanan Badminton Remaja Tertutup Johor 2023.   Beliau berjaya menewaskan pencabarnya, Lai Eeyun 21-10, 21-13 dalam tempoh 20 minit pada perlawanan akhir sekali gus mempertahankan kejuaraan dimenanginya awal tahun ini.   Dania memaklumkan konsistensi latihan […]