1,513 CALON SPM JOHOR SKOR A SEMUA MATA PELAJARAN

  #JohorBahru – Seramai 1,513 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 di Johor memperoleh keputusan cemerlang dengan gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran berbanding 1,247 calon pada 2023.   Daripada jumlah berkenaan, seramai 41 calon SPM 2024 meraih gred A+ dalam semua mata pelajaran iaitu meningkat seramai 21 orang berbanding hanya […]

JDT ‘TAPAU’ ANUGERAH BOLASEPAK KEBANGSAAN

  #IskandarPuteri – Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terus memahat reputasinya sebagai gergasi bola sepak tanah air apabila mendominasi 11 anugerah utama pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2024-2025.   Angka 11 dilihat seakan-akan menjadi nombor bertuah kepada JDT pada tahun ini apabila kejayaan luar biasa ini bukan sekadar membuktikan kehebatannya di atas padang, […]

GURU KAUNSELOR BERPERANAN BANGUNKAN BAKAT NEGERI JOHOR

  #IskandarPuteri – Seramai 1,100 guru Bimbingan dan Kaunseling dari seluruh sekolah di Johor hadir dalam sesi libat urus bersama Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) bagi memperkukuh peranan mereka dalam menyumbang kepada pembangunan modal insan di negeri ini.   Sebagai antara ‘nadi kerjaya’ di sekolah, guru kaunselor juga berperanan besar dalam memberi bimbingan serta membantu […]

JOHOR UNGGULI INDUSTRI BERTEKNOLOGI TINGGI

  #PasirGudang – Johor terus menjadi destinasi pilihan pelabur dalam industri berteknologi tinggi apabila syarikat semikonduktor dan elektrik terkemuka, Ferrotec Holdings Corporation membuka fasiliti pembuatan baharunya yang serba canggih di Pasir Gudang. Kemudahan pembuatan baharu Ferrotec Power Semiconductor Malaysia Sdn. Bhd seluas 60,000 kaki persegi melibatkan nilai pelaburan sebanyak USD150 juta atau kira-kira RM661.20 juta ini […]

JOM BACA BERSAMA 10 MINIT JADI PROGRAM BULANAN

  #IskandarPuteri – Selaras dengan usaha memperkukuh budaya ilmu dan literasi dalam kalangan rakyat, Kerajaan Negeri menjadikan program Jom Baca Bersama 10 Minit sebagai acara bulanan dilaksanakan pada setiap hari Selasa minggu pertama.   Inisiatif yang melibatkan agensi kerajaan, institusi pendidikan dan masyarakat itu merupakan antara usaha jangka panjang memperkukuh pendidikan sepanjang hayat serta melahirkan […]

32 SYARIKAT MINAT LABUR DI ZON KEWANGAN KHAS FOREST CITY

  #IskandarPuteri – Sebanyak 32 syarikat menunjukkan minat membuka operasi perniagaan di Zon Kewangan Khas Forest City (FCSFZ) yang meletakkan kawasan berkenaan berada pada landasan tepat menjadi destinasi pelaburan utama.   Daripada jumlah tersebut, sebanyak 19 syarikat berasal dari Malaysia, Singapura dan Thailand menyatakan minat menubuhkan pejabat keluarga, manakala dua syarikat sudah mendapat kelulusan daripada […]

MAINJ TINGKAT POTENSI ASNAF MELALUI KEUSAHAWANAN

  #Pontian – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) komited membangunkan potensi dan memperkasa golongan asnaf di negeri ini, melalui pendekatan jangka panjang berasaskan keusahawanan serta membina insan berdaya saing dan berdikari.   Komitmen tersebut berjaya direalisasikan dengan rasminya kilang memproses mi kuning yang merupakan inisiatif strategik dengan usahasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) di bawah […]

JOHOR, SINGAPURA KUKUH KERJASAMA RENTAS SEMPADAN LONJAK JS-SEZ

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri bercadang mewujudkan Taman Perindustrian ASEAN dalam kawasan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) untuk menarik pelaburan strategik dari negara anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang menumpukan sektor bernilai tinggi seperti pembuatan termaju, teknologi hijau dan ekonomi digital.   Direka untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, penciptaan pekerjaan dan mempromosikan JS-SEZ sebagai destinasi […]

RM300 JUTA PERKASA INFRASTRUKTUR DIGITAL JOHOR

  #JohorBahru – Kerajaan Johor dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh infrastruktur digital negeri ini dengan melibatkan pelaburan mencecah RM300 juta bagi tempoh dua tahun akan datang. Kerjasama strategik ini bertujuan untuk memperluas capaian liputan internet, memperkasa keselamatan siber dan meningkatkan tahap literasi digital rakyat Johor menerusi perluasan liputan 5G, pembangunan […]

MSNJ UMUM LEE CHONG WEI DUTA SUKAN JOHOR

  #JohorBahru – Johor melakar satu lagi detik bersejarah apabila Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) hari ini, secara rasmi mengumumkan pelantikan legenda badminton dunia, Datuk Wira Lee Chong Wei sebagai Duta Sukan Johor.   Pelantikan yang merupakan pengiktirafan tertinggi buat jaguh badminton negara itu atas sumbangan luar biasa dalam sukan berkenaan selain dedikasi membimbing dan […]