MAINJ, SIRIM TINGKAT KUALITI HIDUP USAHAWAN ASNAF JOHOR

  Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dengan kerjasama SIRIM Berhad menyampaikan sumbangan berjumlah RM12,000 kepada 12 usahawan mikro, kecil dan sederhana dalam kalangan golongan asnaf dan B40 di negeri ini, sebagai suntikan galakan bagi meningkatkan ekonomi masing-masing.   Menerusi inisiatif murni tersebut, kesemua usahawan yang dibantu kini berjaya meningkatkan produktiviti mereka dalam pembangunan jenama, […]

KERAJAAN NEGERI, PAKAR BINCANG MITIGASI BENCANA GEOHIDROLOGI

  Mengenal pasti langkah dan tindakan mitigasi efektif menyelesaikan cabaran geohidrologi terutama bencana banjir di negeri ini, yang berlaku saban tahun bagi mencapai Johor Bebas Banjir 2030 antara topik signifikan dibincangkan dalam Simposium Bencana Geohidrologi dan Mitigasi 2024.   Simposium anjuran bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor dan Pusat Geokejuruteraan Tropika (GEOTROPIK) Universiti […]

FLLSPG 2024 LAKAR SEJARAH CATAT KEHADIRAN 500,000 PENGUNJUNG

  Setelah hampir tiga dekad penganjurannya, Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) Tahun 2024 menciptakan satu lagi sejarah tersendiri apabila menerima kehadiran seramai 500,000 pengunjung sekali gus mencapai sasaran yang ditetapkan.   Sepanjang sembilan hari berlangsung, keunikan diketengahkan dalam acara tahunan berprestij anjuran bersama Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Majlis Pelayang Malaysia (MPM) dan Persatuan […]

GALAK WANITA JOHOR TAMPIL LAKUKAN SARINGAN KESIHATAN

  Program Women Cancer Reproductive Awareness (WCaRe) Johor yang merupakan inisiatif di bawah Pemberdayaan dan Kelestarian Wanita Negeri Johor dalam Teras Ketiga : Jaringan Keselamatan Sosial, Belanjawan Johor 2024 dilancarkan secara rasminya hari ini.   Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM120,000 bagi melaksanakan program berkenaan bagi meningkatkan kesedaran kepada wanita Johor untuk tampil secara sukarela melakukan […]

RM2.8 JUTA BANTUAN KASIH MURID JOHOR RINGAN BEBAN KELUARGA B40

  Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2.8 juta bagi pelaksanaan Bantuan Kasih Murid Johor sebagai usaha meringankan beban perbelanjaan keluarga B40 menjelang pembukaan sesi persekolahan tahun 2024/2025 pada 10 Mac nanti.   Inisiatif yang pertama kali diadakan itu melibatkan seramai 11,200 pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini […]

JENAMA JDT JADI KEUTAMAAN HAFIZH SYAHRIN

“Berapa bayaran gaji tidak pernah menjadi keutamaan saya kerana apa yang saya mahukan adalah dapat berlumba di litar,” tegas Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah pada sidang media pengenalan JDT Racing Team di Ibu Pejabat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT HQ), Iskandar Puteri.   Sepanjang kariernya sebagai pelumba dan pernah menyertai beberapa pasukan […]

WASPADA PENYAKIT BUAH PINGGANG PEMBUNUH SENYAP

  Melakukan saringan dengan menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala dan mengamalkan gaya hidup sihat melalui pemakanan seimbang berupaya mengesan dengan lebih awal penyakit serta merupakan langkah praktikal penjagaan buah pinggang, organ penting dalam badan manusia.   Antara tanda atau gejala awal penyakit buah pinggang yang dikategorikan sebagai ‘pembunuh senyap’ adalah mengalami masalah bengkak pada bahagian […]

SEMANGAT AZIB ZAFRAN GAMATKAN KOMPLEKS SUKAN EDUCITY

Semangat juang yang tinggi dan membanggakan. Itu yang ditonjolkan oleh Peninju Johor, Azib Zafran Zolkarnain apabila muncul juara Light Middle (71 kilogram) Kejohanan Golden Gloves Championship 2024 di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri, malam tadi.   Kemenangan epik Azib Zafran bukan sesuatu yang mudah apabila menerima tentangan sengit daripada Peninju Singapura, Aadhi Prahnvh sejak seawal […]

DAULAT TUANKU BERGEMA DI CHINGAY 2024

  Laungan ‘Daulat Tuanku’ menyemarakkan Festival Perarakan Chingay 2024, acara kebudayaan masyarakat Tionghua di Johor sejak tahun 1870 dan menjadi antara simbolik semangat Bangsa Johor yang meraikan kepelbagaian agama dan budaya di negeri ini.   DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berkenan berangkat merasmikan dan menyaksikan kemeriahan festival kali ini. Berangkat sama, DYAM Tunku […]

KERAJAAN NEGERI GARIS EMPAT AGENDA PACU PENDIDIKAN JOHOR

  Kerajaan Negeri menggariskan empat agenda dan beberapa langkah penting dalam usaha memacu sektor pendidikan di negeri ini selari dengan matlamat Teras Pendidikan Aspirasi Maju Johor menjelang tahun 2030.   Antara agenda yang diberi penekanan ialah usaha pemberdayaan guru johor, menerajui jati diri murid johor, kemudahan infrastruktur, fasiliti serta persekitaran yang selesa, selain ia akan […]