TAMBAH DUA TADIKA AGAMA JOHOR SETIAP DAERAH


  Kerajaan Johor berhasrat menambah pembukaan dua Tadika Agama Johor (TAJ) di setiap daerah bagi membolehkan masyarakat menghantar anak masing-masing ke pra-sekolah bercirikan Islam.   YB Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor memaklumkan hasrat itu berikutan terdapat ramai ibu bapa tidak dapat menghantar anak mereka kerana kekurangan tempat.   […]

TURUN PADANG SELAMI KEPERLUAN PELAJAR DAN WARGA KYPJ


  Meskipun baru tiga hari dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, YB Aznan Tamin telah turun padang ke Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ), hari ini.   Kunjungan tersebut menjadi platform kepada Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan Tanjung Surat itu untuk bertemu dengan pihak pengurusan selain mendengar sendiri cadangan dan permasalahan dihadapi penuntut […]

KPM SIAP SIAGA HADAPI BANJIR KETIKA SPM BERLANGSUNG


  Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan kejadian banjir dalam tempoh berlangsungnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023.   YBrs. Azman Adnan, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah) memaklumkan taklimat pengurusan, pengendalian dan keselamatan peperiksaan awam sudah diadakan pada tahun lalu, sebagai langkah persediaan.   Sebanyak 58 pusat peperiksaan […]

48,426 CALON DUDUKI SPM BERTULIS DI JOHOR


  Keseluruhan seramai 48,426 calon menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 di 364 pusat peperiksaan melibatkan 301 sekolah di Negeri Johor yang bermula pada hari ini hingga 7 Mac 2024.   YBrs. Tuan Haji Azman Adnan, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah) memberitahu aspek pengurusan dari segi kemudahan dewan dan […]

PIJ-UTHM PERKUKUH JALINAN DAN KERJASAMA STRATEGIK


  Perbadanan Islam Johor (PIJ) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) memeterai perjanjian persefahaman (MoU) bagi kerjasama dalam bidang penyelidikan; penerbitan; perundingan; pembangunan kerjaya; khidmat sosial serta inisiatif perkongsian program pemacuan sosio ekonomi.   Kerjasama untuk tempoh tiga tahun itu merupakan kesinambungan daripada jalinan antara PIJ dan UTHM sejak 2020 menerusi pelaksanaan inisiatif antaranya […]

157 MAHASISWA DILANTIK DUTA PERPADUAN JOHOR 2.0


  Seramai 157 mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dilantik menjadi Duta Perpaduan Johor 2.0 bagi meneruskan inisiatif penting dalam usaha mengukuhkan nilai perpaduan sesama masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.   Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon memaklumkan, mahasiswa yang terpilih akan mendukung semangat perpaduan dan nilai kebersamaan antara kaum menerusi […]

MAINJ SEDIA 34,000 SERAGAM SEKOLAH AGAMA UNTUK MURID ASNAF


  Sempena semester baharu sesi persekolahan 2024 akan datang, Pusat Jahitan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan membekalkan kira-kira 34,000 pasang pakaian seragam sekolah agama yang disediakan khas kepada murid daripada golongan asnaf.   Penolong Pengarah Pembangunan Asnaf MAINJ, Sh. Haffie Awab, memaklumkan bagi tujuan itu, pihaknya akan mula mengagihkan inisiatif terbabit secara berperingkat […]

BANJIR : SPM, STPM DI JOHOR DIJADUALKAN SEPERTI BIASA


  Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Tahun 2023 di negeri ini, akan berjalan seperti dijadualkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).   Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh dalam satu kenyataan memaklumkan tiada cadangan dan keperluan untuk peperiksaan awam itu ditangguhkan setakat ini.   Beliau memberitahu sembilan […]

KERAJAAN NEGERI PRIHATIN KEBAJIKAN PELAJAR JOHOR DI MESIR, JORDAN


  Keseluruhan seramai 604 pelajar Johor di Mesir dan Jordan menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri melibatkan peruntukan sebanyak RM151,000 bagi memastikan mereka terus aktif dalam penglibatan pelbagai program ilmiah.   Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM88,500 diperuntukkan kepada 354 pelajar Johor di Mesir, manakala seramai 250 pelajar di Jordan menerima sumbangan berjumlah RM62,500.   Pengerusi Jawatankuasa […]

KERAJAAN JOHOR PERUNTUK RM8.4 JUTA BAIK PULIH ASRAMA PELAJAR DI MESIR


  Asrama menempatkan 220 pelajar Johor di Hayyu Thamin dan Rabaah, dekat Mesir, siap dibaik pulih melibatkan peruntukan RM8.4 juta daripada Kerajaan Negeri.   Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid memaklumkan inisiatif itu bagi memberi keselesaan dan menyediakan persekitaran kondusif kepada anak Johor di sana.   Kedua-dua asrama berkenaan […]