JDT MAHU PAMER TAHAP TERTINGGI DALAM AKSI PRA-MUSIM


  ISKANDAR PUTERI — Persiapan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi menghadapi perlawanan persahabatan pra-musim 2023 di Dubai, dalam keadaan sangat baik, kata Pengurus merangkap Ketua Jurulatihnya, Esteban Solari.   Menurut beliau, barisan kejurulatihan telah bertemu dengan setiap pemain secara individu untuk membuat penilaian keadaan fizikal dan memahami posisi bersesuaian di atas padang.   […]

SYIHAN HAZMI SAH SERTAI JDT


  ISKANDAR PUTERI — Penjaga gol Harimau Malaya, Syihan Hazmi diumumkan sebagai pemain baharu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), hari ini.   Pengumuman tersebut dibuat dalam satu klip video berdurasi 57 saat yang disiarkan oleh Facebook JOHOR Southern Tigers.   Syihan merupakan antara pemain yang membantu pasukan Kebangsaan mara ke peringkat Separuh Akhir kempen […]

MENTERI BESAR JOHOR BERTEMU SHAH FIRDAUS


  ISKANDAR PUTERI — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengadakan pertemuan bersama atlet berbasikal kelahiran Johor Muhammad Shah Firdaus Sahrom, semalam.   Pertemuan tersebut membuka ruang atlet berasal dari Kampung Parit Setongkat, Muar itu berkongsi cerita dan perkembangan terkini dalam bidang sukan diceburi.   “Anak muda berasal dari Kampung Parit Setongkat, Muar ini […]

TMJ BERI BAYANGAN JDT 2023


  ISKANDAR PUTERI — Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim seakan ‘memberi bayangan’ barisan pemain pasukan utama Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk musim 2023. Menerusi InstaStory dimuat naik dalam akaun Instagram, pemilik JDT itu telah menamakan pemain yang bakal ditempatkan dalam setiap posisi menerusi lakaran formasi 3-4-3. Siaran InstaStory itu sekali […]

TMJ YAKIN ‘KEMAMPUAN’ MENTERI KBS


  ISKANDAR PUTERI — Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim bertitah menzahirkan keyakinan akan ada masa depan lebih baik dalam industri sukan tanah air.   Keyakinan baginda Tunku itu bersandarkan dedikasi dan komitmen Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Hannah Yeoh.   Baginda Tunku bertitah sedemikian susulan penghargaan Hannah terhadap Tunku Mahkota Johor […]

TMJ JANJI TERUS BELI PEMAIN HEBAT DALAM NEGARA


  ISKANDAR PUTERI — Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim berjanji akan terus membeli pemain hebat dalam negara untuk menyertai Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).   Baginda Tunku yang juga pemilik JDT bertitah memaklumkan hanya akan melepaskan pemain menyarung jersi kebangsaan untuk pertandingan dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).   “Hari […]

FARKHAN ‘THE SOUTHERN TIGER’ JUARA BRIDGERWEIGHT WBC ASIA


  ISKANDAR PUTERI — Petinju dari Johor, Farkhan Haron muncul juara baharu kelas Bridgerweight WBC Asia selepas menewaskan Yousof Manvandi dari Turkiye, semalam.   Petinju negara dengan gelaran ‘The Southern Tiger’ mempamerkan semangat juang yang tinggi dalam pertarungan utama Johor International Boxing Championship di Arena Larkin, semalam.   Kejayaan menewaskan Yousof ‘Darius The Great’ itu […]

JOHOR LAKAR SEJARAH BERGELAR JUARA KALI PERTAMA


  ISKANDAR PUTERI – Pasukan sepak takraw Johor melakar sejarah selepas menjuarai Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari, buat julung kalinya, semalam. Johor berjaya menewaskan pasukan sepak takraw ATM dalam perlawanan akhir kejohanan tersebut sekali gus membawa pulang RM30,000 berserta trofi kemenangan. Berkongsi kejayaan tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber […]

KERAJAAN JOHOR RANCANG WUJUDKAN HAB PERMOTORAN DI AYER HITAM


  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor merancang untuk mewujudkan hab permotoran di bandar Ayer Hitam, dengan cadangan pembinaan bermula pada awal tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, hasrat tersebut akan membabitkan penggunaan tanah seluas tujuh ekar milik Kementerian Dalam Negeri (KDN). Menurutnya, […]

PROGRAM GRIT 2030 HASIL PERKEMBANGAN POSITIF


  ISKANDAR PUTERI — Program GRIT 2030 melibatkan empat jenis sukan iaitu Renang, Berbasikal, Olahraga dan Karate menunjukkan perkembangan positif dari segi peningkatan jumlah ‘pool of athlete’ berdasarkan penganjuran RISEUP Games. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, sebelum ini jumlah atlet berpotensi dalam empat […]