CSIEM UTHM DIDIK MURID JAGA ALAM SEKITAR


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerusi Centre of Sustainable Infrastructure and Environmental Management (CSIEM) Fakulti Teknologi Perniagaan (FPTP) telah melaksanakan Program Sekolah Lestari di Sekolah kebangsaan (SK) Tunku Mahmood 1 Kluang / Gambar Ihsan UTHM.

 

KLUANG — Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerusi Centre of Sustainable Infrastructure and Environmental Management (CSIEM) Fakulti Teknologi Perniagaan (FPTP) telah melaksanakan Program Sekolah Lestari di Sekolah kebangsaan (SK) Tunku Mahmood 1 Kluang.

Ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah berkaitan pengurusan sisa buangan pepejal dan penjagaan alam sekitar.

Ketua CSIEM, Profesor Madya Ts Gs Dr Sulzakimin Mohamed, berkata program yang melibatkan pelajar sekolah itu diadakan bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada mereka tentang pengurusan sisa serta amalan terbaik dalam menjaga alam sekitar.

Katanya, program tersebut juga bertujuan memberi ruang dan peluang kepada pelajar sekolah untuk berinteraksi dan berkongsi ilmu baharu selain daripada pembelajaran dalam bilik darjah.

“Menerusi program itu juga, CSEIM turut menandatangani surat perjanjian sebagai simbolik kepada hasrat kerjasama yang akan dijalinkan dengan sekolah berkenaan.

“Kedua-dua pihak bersetuju untuk terus bekerjasama menganjurkan banyak lagi program ilmiah pada masa akan datang,”katanya.

Pada Program sama, Satu sesi ceramah bertajuk “Sayangi Bumi Kita” telah diadakan yang disampaikan oleh penyelidik utama CSIEM, Profesor Ts Dr Seow Ta Wee yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan sisa khususnya dalam aspek pengurusan sumber manusia, teknologi dan alam sekitar.

Sulzakimin berkata, CSEIM berharap penganjuran program sebegitu dapat diteruskan lagi memandangkan ianya berpotensi dalam memberi perspektif dan idea yang pelbagai kepada warga sekolah untuk lebih memahami makna lestari.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor