6 PPS BEROPERASI TEMPATKAN MANGSA BANJIR 4 DAERAH


Keadaan banjir di Kampung Sri Gambut, Pekan Nenas pada 13 November lalu | Sumber Facebook Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Pontian.

 

ISKANDAR PUTERI — Enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) beroperasi bagi menempatkan 85 keluarga terdiri 335 mangsa banjir di empat daerah di negeri ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah memaklumkan setakat jam 8 pagi tadi, daerah yang masih terjejas merupakan Tangkak, Segamat, Kluang dan Pontian.

Segamat dengan dua PPS beroperasi untuk menempatkan 17 keluarga bersama 53 mangsa. Dua PPS juga beroperasi di Tangkak bagi menempatkan 57 keluarga terdiri 231 mangsa.

Manakala Pontian dan Kluang tiada perubahan dengan masing-masing satu PPS beroperasi bagi menempatkan keseluruhan 11 keluarga terdiri 51 mangsa banjir di kedua-dua daerah.

PPS Dewan Serbaguna Kampung Baru Sengkang di Kulai yang sebelum ini beroperasi menempatkan 29 keluarga terdiri 139 mangsa dari Kampung Baru Sengkang telah ditutup.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor